Saturday, May 5, 2012

K1M.. Nasi Berlauk di Gua Musang (Part II)

Sambungan daripada Part I.

Selepas bersarapan, kami menuju ke tapak Program Komuniti 1Malaysia (K1M). Program K1M di Gua Musang, Kelantan ini merupakan K1M yang kedua diadakan selepas Muar, Johor. Sambutan daripada masyarakat setempat amat menggalakkan. Orang ramai berpusu-pusu hadir memeriahkan K1M sejak dari awal pagi. Ada juga terlihat kelibat beberapa artis yang hadir memeriahkan K1M.

Orang ramai

Rosyam Noor yang tak menang tangan melayan peminat


Uniknya pelancaran K1M di sini kerana majlis di selang-selikan dengan persembahan dikir barat.



Hari ini juga saya dapat dapat bertemu dengan YAB PM. Meskipun cuaca di Gua Musang ini panas dan menyebabkan semua orang berpeluh2, orang ramai yang hadir tidak berganjak pun dari tempat masing-masing untuk melihat dan mendengar sendiri ucap tama daripada PM.



Semasa berucap merasmikan majlis,  PM memperlihatkan sisi sense of humor nya setelah tersilap menyebut tanaman `gaharu' sebagai `gerhana'. PM sempat berkata dalam tawanya `yang gerhana itu bulan' :)

Ayu (Journ RTM News) yang dah salin perkataan `tanam pokok gerhana' ;D


Waktu jamuan tiba jua akhirnya. Sekali lagi saya akan makan Nasi Berlauk. Kali ini nasi dibungkus dan dilapik dengan daun pisang. Ada 2 ketul ayam goreng berempah dalam bungkusan yang sama. Gambar lauk-pauknya saya terlupa nak ambil. Lauk-pauknya adalah seperti gulai daging dan gulai sayur.



Panas-panas begini, ada pula air Laicikang.


Akhir sekali saya makan kuih Akok.


 
Demikianlah perjalanan kali ini ke Gua Musang. Tahniah kepada seluruh warga KPKK atas kejayaan mengadakan satu perhimpunan yang sungguh bertamadun meskipun di sebuah daerah yang agak terpencil di negeri Kelantan. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...