Saturday, May 5, 2012

K1M... Nasi Berlauk di Gua Musang Part I

Semalam dan hari ini dapur saya tidak berasap lagi. Justeru, tidak ada entry `step-by-step' untuk kali ini. Sebabnya, saya berada di luar kawasan. Saya berada di Gua Musang.

Kepada kengkawan yang tak pernah ke Gua Musang, anda janganlah pula ingat yang saya pergi camping, hiking atau jungle trekking di kawasan gunung-ganang bergua. `Gua Musang' adalah nama jajahan (Parlimen) yang terbesar di negeri Kelantan. Ada 3 kawasan DUN di dalam Gua Musang iaitu Galas, Paloh dan Nenggiri. Dan Gua Musang adalah sebuah bandar kecil yang agak maju. Infrastruktur dan kemudahaan asasnya adalah pada tahap yang baik dan selesa.



Bukit Batu Kapur

Nama Gua Musang ni ada kaitan dengan gua batu kapur yang terletak di hadapan Stesen Keretapi Gua Musang. Menurut cerita rakyat, nama`Gua Musang' berasal daripada bentuk lubang gua yang menyerupai rupa seekor musang yang sedang mengejar seekor ayam. Oleh kerana saya datang ke sini atas urusan rasmi, maka, tidaklah pula saya mengeksplorasi gua batu kapur berkenaan.

Gambar-gambar di atas saya ambil kerana kebetulan kami sedang mencari gerai untuk bersarapan pagi. Dan, gerai bersebelahan dengan stesen keretapi Gua Musang inilah yang menjadi tempat pilihan kami.


Seperti yang saya duga, kami bersarapan `Nasi Berlauk'.

Macam-macam lauk



Sungguh menyelerakan sarapan pagi yang sangat berat ini.


Pilihan-pilihan hati

Gulai Tongkol

Gulai Daging

Sambal Belacan

Gulai Ikan Masin

Sewaktu hendak meninggalkan kawasan stesen keretapi barulah saya terbaca banner yang direntangkan di hadapan stesen keretapi berkenaan. Rupa-rupanya stesen berkenaan sudah tidak beroperasi lagi sejak 30 April 2012. Padanlah tidak kedengaran bunyi keretapi dan stesen keretapi berkenaan sungguh senyap sunyi.



Ini gear untuk tukar landasan zaman dulu2

Tujuan saya ke bandar ini sempena Program Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan. Almaklum kena iring bos. Kami sampai ke Gua Musang pada lewat petang 3 Mei setelah hampir 5 jam berada di atas jalan raya.

Perjalanan Kuala Lumpur-Gua Musang merupakan perjalanan yang kurang selesa. Tambahan pula, perjalanan pergi yang menggunakan Jalan Merapoh-Kuala Lipis. Kerap-kali kereta yang kami naiki berselisih atau terpaksa mengikut rapat lori balak.



Sambung untuk  Part II untuk `Nasi Berlauk' lagi....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...