Monday, April 2, 2012

Tahniah Zon Satelit Maya!



Sebenarnya sesebuah kejayaan itu bukanlah bergantung kepada seorang sahaja. Kerana setiap `kejayaan' itu pasti ada ramai orang yang memainkan peranan masing-masing. Begitulah juga dengan kejayaan Zon Satelit Maya sebagai `Zon Cemerlang' dan `Kategori Khas: Penggunaan Kaizen Sheet'.

Token untuk Zon Satelit Maya

Di sebalik 2 anugerah yang dimenangi oleh Zon ini, ada ramai orang yang membantu. Secara khususnya, warga zon ini sendiri. Kalau tidak kerana ketekunan dan daya usaha tulang beberapa kerat ahli zon yang mensisih, menyusun, menyapu, menyeragam dan mengamal 5S, sudah tentulah Satelit Maya tidak akan cemerlang. Selain daripada itu bantuan yang amat tak terbalas juga datangnya daripada Unit Reka Bentuk atas bantuan yang diberi untuk menceriakan zon ini serta Kumpulan Auditor yang memberikan banyak tunjuk ajar.


Sebenarnya juga, kejayaan sesebuah zon 5S itu bergantung kepada semua orang. Ini kerana, kalau seseorang itu ingin sabotaj, dia boleh membuang sampah di merata-rata kawasan dalam zon terbabit. Oleh kerana, semua orang yang datang ke Satelit Maya adalah orang yang baik-baik, maka zon ini sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan teratur.

Seperkara lagi, kena faham betul-betul apa yang dimaksudkan dengan Amalan 5S. Ada yang menyangka 5S ini adalah pertandingan keceriaan. Maka apabila tersalah konsep, zon-zon mereka ini tidak berada dalam kalangan zon yang cemerlang. Cemerlangnya sesebuah zon 5S bukan disebabkan oleh betapa ceria dan berwarna-warni sesebuah zon tersebut. Tapi, penanda arasnya adalah `Adakah Zon tersebut melaksanakan ke semua prinsip 5S?' yang kemudiannya membawa kepada petunjuk prestasi kerja yang lebih cemerlang.


Saya ingin memetik panduan yang dikeluarkan oleh MAMPU:


Sudut 5S hendaklah berimej korporat (objek hiasan yang tidak keterlaluan atau berlebih-lebihan).

Justeru, panduan daripada MAMPU ini saya gunakan untuk membuat sudut berinformatif dan berimej korporat dan mengelak daripada penggunaan imej atau warna yang melampau-lampau seperti sekolah tadika.

Bukan mudah untuk melaksanakan 5S. Warga Satelit Maya, kita sama-sama bangun daripada mendapat markah yang sangat rendah pada Mei 2011. Sedikit demi sedikit kita berusaha untuk mencapai kedudukan sekarang. Akhir kata, tahniah sekali lagi untuk Zon Satelit Maya. Dan tahniah kepada RTM kerana berjaya mendapat pensijilan 5S!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...