Wednesday, April 4, 2012

Places for Makan.. Tony Roma's (The Gardens)

Saya memang orang Melayu. Dan nasi memang makanan ruji saya. Namun begitu, apabila sebut tentang Western Cuisine, saya tetiba akan sanggup menukar sepinggan nasi berlauk saya dengan Chicken Chop, Burger atau Steak. Memang saya suka sangat dengan Western food.



Kali ni saya nak bagi review tentang Tony Roma's. FYI, restoran inipun salah satu daripada beribu restoran jenama US yang diperkenalkan di seluruh dunia. Restoran pertama Tony Roma's dibuka di Utara Miami pada tahun 1972.

Masa di US dulu, saya memang tak pernah cuba makan di Tony Roma's. Sebabnya, menu Tony Roma's US yang agak mencurigakan. Almaklum Tony Roma's ni specialized dengan Baby Back Ribs.



Oleh yang demikian, semasa nak makan di Tony Roma's The Gardens (Mid Valley), saya buat panggilan dulu ke restoran ni. Menurut pekerja Tony Roma's yang menjawab panggilan phone saya, makanan-makanan yang dihidangkan adalah halal dan daripada sumber yang halal. Tapi kalau anda minum Royal Stout tu tak la halal ye. Makanan nya la dijamin halal.

Seperti lazimnya, saya ke Tony Roma's dengan Mr. Hubby. Cuma kali ini kami keluar lunch berdua sahaja. Sebaik sahaja duduk dan memesan makanan, kami dihidangkan roti bun dengan sapuan garlic.



Seterusnya, Mr. Hubby order Bountiful Beef Ribs dan saya order Cajun Onion Burger. Minuman, kami minum Ice Lemon Tea je...





Kedua-duanya adalah set lunch. Oleh kerana kami order set lunch, set kami ada inclusive sup dan air. Sedap tau sup dia. Saya dah tak ingat sup apa, tapi katanya setiap hari sup di sini lain-lain pilihannya.


Memang puas hati makan kat sini. Lain kali nak cuba menu lain pula. Lain kali juga boleh bawa Hasya, sebab Kids Eat Free :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...