Thursday, April 12, 2012

Places for Makan... Little Penang Cafe



Sekiranya saya dilantik sebagai Ketua Pengadil Pertandingan `The Best Char Kuey Teow in KL', maka pemenangnya adalah `Little Penang Cafe'. Kepada sesiapa yang pernah menjamu selera di Little Penang Cafe, saya tahu yang saya tak memerlukan kata-kata indah untuk menulis mengenai kafe ini. Ini kerana, Char Kuey Teow di Little Penang Cafe memang the best, the hottest, the yummiest, the awesomest, the vavaboom dan segala `the' yang lain.

Tambah lada, kalau suka.

Kalaulah saya dapat memasak Char Kuey Teow (CKT) sesedap Little Penang Cafe ini... (dalam mimpi je lah nampaknya hehehe).

Apabila sudah 2-3 bulan tidak bertandang ke Little Penang Cafe, nampaknya masanya telah tiba untuk berkunjung lagi untuk mencari the best CKT in KL nih. Kali ni saya tak pergi dengan Mr. Hubby. Saya pergi dengan colleagues; Puan Fiza dan Encik Syah. Selain daripada keluar lunch, kami ke Mid Valley ni ada tujuan lain, serampang dua tiga mata gitu. 

Saya tak tahulah kalau Little Penang Cafe ni ada banyak cawangan. Sebabnya, saya cuma pernah makan di Mid Valley Megamall ni je. Suasana kat kafe ni dihias seolah-olah pengunjung sedang berada dalam sebuah restoran di Penang sekitar tahun 1920-an, klasik gitu.

Tentunya Char Kuey Teow menjadi pilihan menu saya. Puan Fiza juga meniru menu yang sama. Walau bagaimana pun, Encik Syah memilih untuk mencuba Nasi dengan lauk Kari Hantu. Maaflah ye, saya lupa nak tanya dengan waitress tu kenapa nama kari tu `kari hantu'. Saya rasa takde kena-mengena kot dengan Hantu Kak Limah di Kampung Pisang atau hantu yang Syamsul Yusof mandrem dalam Khurafat tu.

Set Nasi Kari Hantu

Char Kuey Teow


Seperti biasalah kan, kalau masakan yang kita makan memang sedap, maka semua orang akan gembira.

En. Syah dgn Kari Hantu.. Scary...

Puan Fiza dgn Kuay Teow yg dah nak abis


Maka, semua orang juga makan habis. Char Kuey Teow memang terbaekkkkk, Nasi dengan Kari Hantu pun memang berhantu sungguh. Yummm.. Yummm...

Licin.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...