Tuesday, April 10, 2012

Places for Makan.. Ikan Bakar Jalan Bellamy

Jalan Bellamy. Apa yang ada di Jalan Bellamy? Untuk Warga Kuala Lumpur, mereka akan jawab satu jawapan yang senada seirama, seia sekata iaitu "ikan bakar'.



Meskipun nama jalan ini merupakan nama omputih iaitu `Bellamy', namun di sepanjang jalan ini lazimnya dipenuhi oleh orang yang tidak putih pun iaitu orang Malaysia. Saya pun tak tahu kenapa nama jalan ini diberi nama `Bellamy'. Mungkin juga diilhamkan daripada nama jurutera awam dari England iaitu HF Bellamy atau adiknya GD Bellamy yang banyak menyumbang kepada reka bentuk bangunan-bangunan lama di Tanah Melayu pada kurun ke-19.

Apa-apapun, pada zaman Twitter dan Muka Buku ini, `Jalan Bellamy' memang sinonim dengan `Ikan Bakar'. Kepada sesiapa yang menghadapi keupayaan agak lambat untuk memahami metafora, saya boleh berikan persamaan yang lain iaitu: Jalan Bellamy = Belakang Istana Negara :)


Justeru, entry ini nak cerita tentang aktiviti makan Ikan Bakar di Jalan Bellamy. Kat sini ada beberapa Gerai Ikan Bakar. Mari kita spesifikkan lagi iaitu ke Gerai No. 1: Gerai Seri Menanti di Jalan Bellamy. Tiba-tiba saya dah tercium keharuman bau ikan bakar.

Sebenarnya, sejak sekian lama dah jadi warga kerja KL ni, saya baru dua kali je makan ikan bakar kat sini. Kali pertama masa 8-9 tahun dulu. Ini pula adalah kali ke-2. Sebabnya, saya memang tak familiar dengan kawasan dekat-dekat istana ni. Saya ni nama je ada lesen memandu (stereng kiri ok, stereng kanan pun ok), tapi kalau nak suruh saya pandu ke lokasi sesak, harap maaflah sebab saya memang tak berapa confident nak bersesak-sesak nih.

Maka, apabila Puan Che Ana (Manager TV2) ajak ke Jalan Bellamy, saya memang tak tolak perlawaan. Saya memang teringin nak tengok keadaan terkini di Jalan Bellamy dan saya juga teringin nak rasa ikan bakar di situ.


Dan inilah hasil pancingan kami berdua.

Sotong Bakar

Keli Bakar

Pari Bakar

Memang ramai orang kat sini. Sungguhlah sesak. Tapi memang gembiralah makan di sini sebabnya pilihan yang banyak bagi lauk bakar-bakarnya. Lauk-lauk lain pun ada juga.



Sebelum balik, saya sempat menapau beberapa ketul cucur pisang. Syok gak la makan sambil berjalan.



Akhir kata, ok juga makan di sini cuma jangan suruh saya yang driving sebab memang susah nak parking kecuali kalau datang bukan lunch hour.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...