Thursday, April 19, 2012

Lupakan Diet untuk... Almondy Tarta Dark Chocolate at Ikea



Hanya dengan RM5.50, anda akan dapat menghiburkan hati anda dengan sepotong Almondy Tarta Dark Chocolate (ATDC).

Baris intro entry saya kali ini sangatlah advertorial. Sepatutnya, saya diberikan bayaran bagi pengiklanan ini. Walau bagaimanapun, saya relakan free ads ini memandangkan sepotong ATDC sememangnya dapat menghiburkan hati saya dan menjadikan perasaan saya berbunga-bunga indah.



Inilah masalahnya. Memang sukar sekali untuk mengawal diet di tanah air tercinta. Di Malaysia ni penuh dengan kepelbagaian makanan, tak kira yang berasal dari rumpun Melayu atau yang originalitynya dari seluruh dunia. Justeru, untuk mengamalkan diet yang seimbang dan sihat adalah sesuatu yang amat sukar. Godaan memang terlalu hebat.

Almondy Dark Chocolate merupakan antara penggoda kelas satu yang merobek-robek erti amalan diet yang seimbang. Setiap bite ATDC memang sangat mengujakan. Rasa coklat, almond, manis, berkrim diterjemahkan menerusi gigitan demi gigitan yang mempesonakan.


Sepotong ATDC ini saya nikmati di Ikea Mutiara Damansara. Di Food Court Ikea, anda sememangnya terpaksa melupakan diet buat seketika kerana banyak sangat penggoda-penggoda yang hebat seperti marble cheese cake, muffin dan pastry yang lain. Harga yang ditawarkan juga amatlah berpatutan.





Diet? Lupakan jelah buat seketika...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...