Sunday, April 1, 2012

Berada dalam Kotak Merah... The Gardens



Kadang-kadang kita perlu hiburkan hati sendiri. Justeru, berada dalam Kotak Merah, boleh membuatkan kita berasa happy. Kotak Merah? Iye, Kotak Merah. Kotak kasutkah? kotak perabot IKEA?

Hurmmmm, takdenya kotak barang. Kotak yang saya maksudkan ini adalah kotak yang lebih besar. Kotak Merah tersebut dalam bahasa omputihnya ialah `Red Box'. Hah, kalau sebut Red Box terus je tuan dan puan semua tahu apa yang saya maksudkan.



Kat Malaysia ni, ada 14 cawangan Red Box. Pusat Karaoke Red Box ni berasal dari Hong Kong. Oleh kerana Red Box ni tahu yang orang Malaysia suka nyanyi di bilik mandi, maka mereka pun mulakan perniagaan pusat karaoke di Malaysia pada tahun 2000.



Untuk insan-insan yang suara tak berapa sedap macam saya, memanglah sangat sesuai menghiburkan hati sendiri di Red Box. Kerana tak perlu risau pitching lari ke, sumbang-mambang ke, sebabnya kita memang nyanyi syok sendiri di Red Box ni.

Suasana dalam Kotak Merah memang privacy. Jadi tak perlu risau dengan suara anda yang memang ke laut tuh. maka, kalau sesapa nak berlatih nyanyi (manalah tahu kalau kena paksa nyanyi masa event), amatlah sesuai untuk mengasah bakat terpendam di dalam Kotak Merah.




Selain daripada menyanyi sampai sakit tekak, anda juga boleh makan sampai kenyang sebab Red Box ada menawarkan set makan atau lunch/dinner secara buffet.




 
Akhir kata, kalau takde aktiviti, anda boleh menghiburkan hati sendiri meskipun mungkin menyakitkan telinga teman anda dengan menjadi penyanyi amatur di Red Box.

 

♫ ♪ Do Re Mi Fa So La Ti Do ♫ ♪

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...