Wednesday, March 14, 2012

"Side by Side... Year by Year... " (Happy 8th Anniversary)



“If I had a single flower for every time I think about you, I could walk forever in my garden.”

To My Dearest Mr. Hubby, "Happy 8th Anniversary".

Hari demi hari, waktu itu tak pernah berundur dari kehidupan kita. Sebaliknya, masa itu berlalu dengan pantas. Hari ini Mac 13, sekali lagi genap setahun, setelah setahun demi setahun ulang tahun perkahwinan saya dan Mr. Hubby. Tahun ini adalah tahun ke-8 selepas setiap detik berlalu, hari beredar, minggu bertukar, bulan berganti dan tahun berubah.



Malam ini kami menyambut ulang tahun ke-8 dengan makan malam di Miyako, Grand Dorsett (Subang). Kami memilih Miyako memandangkan Mr. Hubby yang suka makanan Jepun dan dah lama juga kami tak menikmati Japanese Cuisine yang lazat. Pemilihan Miyako juga kerana restoran makanan Jepun ini menawarkan makanan yang dijamin halal.

Japanese Cottage

Hiasan hadapan dengan origami



Miyako, Grand Dorsett bukan sahaja menawarkan masakan-masakan yang superb, malah ruang makan di sini juga amat selesa. Anda akan terpesona dengan Miyako kerana anda seolah-olah berada di sebuah teratak tradisi Jepun.

Napkin yang dilipat bentuk kimono




Pilihan makanan sungguh banyak. Terpulang kepada anda untuk memilih. Terdapat juga barisan pilihan appetizer, sushi dan dessert untuk dinikmati. Kami juga sempat mencuba beberapa masakan yang ditawarkan dalam menu.




Oleh kerana terlalu banyak mencuba, saya pun tidak pasti masakan-masakan yang saya makan. Mana tidaknya, terlalu sukar lidah saya untuk menyebut nama masakan tersebut, apatah lagi untuk mengingatnya.

California Rolls

Salmon Skin Deep Fried

Prawn Tempura

Dragon Cod Teriyaki

Crab Butteryaki

Malam ini memang kami terlebih makan. Sangat kenyang dan hati sangat gembira.




Terima kasih atas segalanya... "Side by Side.. Year by Year... True love stories never end..."










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...