Sunday, March 4, 2012

Sepanjang Jalan ke Muar (Johor)... Part II

Untuk Part I (klik sini).



Kami memulakan perjalanan di sekitar Bandar Muar untuk mencari sepinggan Mee Bandung yang sedap. Ada rakan yang kata, Mee bandung yang sedap ada kat Stesen bas atau Jalan Abdullah. Tapi macam tak kena pula nak bawa My Bos makan di stesen Bas. Jadi kami berlegar-legar di sepanjang Jalan Abdullah.

Akhirnya kami berhenti di Restoran ZZ Satay Warisan di jalan Abdullah. Nampaknya saya akan dapat makan Sate Muar dan Mee Bandung Muar kat sini. Yay!



Tengah lapar, memang sedap sungguh makan Sate Muar. Yang uniknya, harga sate dikira mengikut berapa lidi di atas meja. Jadi, bagi sate yang kami tak habis makan, tak dikira harganya. Kalau nak jimat, sila makan sate dengan lidi-lidinya sekali okeh! hehehehe....




lidi atas meja

Pambantu kedai tengah kira lidi


Mee Bandungnya pula agak pedas, tapi sedap. Kami semua order sorang sepinggan.



Lepas lunch, kami berpatah semula ke Sekolah Vokasional Sungai Abong. Kira-kira jam 3.45 petang, majlis pelancaran bermula. Dan setelah berbelas tahun lamanya tidak mendengar dan menyanyikan lagu Negeri Johor, hari ini saya menyanyikan lagu tersebut dengan penuh rasa bangga.

TS Muhyiddin Yassin



Seperti biasalah, di penghujung majlis selalunya ada jamuan makan. Hmmmm.. Tetiba juga kami dihidangkan dengan Mee Bandung Muar lagi! Suprised sungguh tau!


Mee Bandung sedang disenduk untuk Pengarah Johorfm

Pinggan saya

Selain Mee Bandung, ada kuih-muih dan roti jala juga.



Sesungguhnya `Sepanjang jalan ke Muar' ini saya sudahi dengan Alhamdulillah... Syukur segala-galanya dipermudahkan dan saya amat gembira berada di negeri ini. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain...





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...