Sunday, March 4, 2012

Sepanjang Jalan ke Muar (Johor)... Part I

Dah lamanya tak outstation! Dan dah lama juga tak kerja hari Sabtu. Tetiba je, kena outstation dan kerja hari Sabtu. Nak ke mana tu? Hmmm... Saya nak ke Selatan tanah air. Saya akan ke Program Komuniti 1Malaysia yang diadakan di Sekolah Vokasional Sungai Abong Muar, Johor.



Walaupun kena kerja hari Sabtu, tapi saya ok je. Sebabnya: 1. Saya akan naik keta bos jadi tak payah nak fikir pasal transport. 2. Kami akan balik hari, jadi takyah fikir pasal hotel. 3. Saya akan dapat makan sesuatu yang sedap di Muar (jeng, jeng, jeng) dan 4. Saya akan dapat berjumpa pemimpin negara yang paling saya suka iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin!

Maka perjalanan ke Sungai Abong Muar, kami mulakan pada jam 8.30 pagi dari Kuala Lumpur. Selain daripada my bos, ada sorang lagi bos yang turut serta iaitu Puan Che Ana (my mantan bos yang sangat manis dan baik orangnya).

Sepanjang perjalanan kami menuju ke Muar menerusi Lebuhraya Utara-Selatan adalah lancar. Setelah hampir 2 jam perjalanan, kami singgah di Perhentian Ayer Keroh untuk bersarapan.



Di restoran Jenjantas Ayer Keroh, saya pilih untuk makan Nasi Lemak Kari Kambing. Saya juga minum Hot Chocolate.

Nasi Lemak dengan Kari Kambing

Hot Chocolate


Puan Che Ana dan My Bos makan Nasi Lemak Telur Mata dengan Kopi O Kaw.

Nasi Lemak Telur Mata

Kopi O Kaw


Setelah perut diisi, perjalanan diteruskan ke Sekolah Vokasional Sungai Abong. Sampai sahaja ke destinasi, kami terus mencari booth Johorfm. My bos sempat bersiaran secara langsung dari konti lokasi Johorfm.

Puan Che Ana yang sentiasa happy

Dato' di udara Johorfm


Ada pelbagai gerai jualan dan pameran di Program Komuniti 1Malaysia ni. Kami membeli kerepek dan serunding ikan di salah sebuah gerai. Sedap rasa serunding ikan ni. Untuk tester, serunding ikan ni di matchkan dengan nasi himpit.




Jam menunjukkan baru nak masuk pukul 1 tengah hari. Tapi pelancaran program jam 3.30 petang. Lama lagi tu. Oleh yang demikian, My Bos ajak cari Mee Bandung Muar.. Wow I like.. like.. like....

Lambat lagi nak start, cari mee bandung dulu...


Adakah kami ada jodoh dengan mee bandung Muar?

Bersambung di Part II (klik sini).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...