Thursday, March 29, 2012

Places for Makan... Nasi Kukus di Awan Besar



Rumah saya memang jauh dari tempat kerja. Tapi, itu bukan perkara aneh kerana kebanyakan warga kerja di KL membeli rumah di luar kawasan ibu negara. Yelah, siapa je yang mampu nak beli rumah dalam kawasan KL. Kalau sewapun macam tak berbaloi. Sebabnya, kawasan itu mesti sempit, susah parking, tak best dan tak aman-damai.

Maka, untuk pulang ke rumah, ada beberapa lebuhraya yang sering kali menjadi pilihan di hati untuk menyegerakan perjalanan. Antaranya ialah Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya MEX (favorite) dan Lebuhraya Kesas. Kalau kebetulan balik tidak terlalu lewat, saya dan Mr. Hubby akan pilih Lebuhraya Kesas.



Dan kalau kami lapar, di Kawasan Rehat Awan Besar (KESAS - arah ke Shah Alam) ada beberapa kedai makan yang menawarkan makanan yang sedap. Antaranya, cawangan Sate Hj. Samuri dan juga Kedai Makan Sajian Aliaa yang menjual nasi kukus yang awesome. Kali ini, saya nak makan nasi kukus di Sajian Aliaa.



Nasi kukus kat sini memang best. Gulainya pekat, pedas, masin, manis dan berempah. Yang paling saya suka ialah kari kaki ayam yang memang syok dimakan. Lembut giler kaki ayam ni! Selalunya, saya akan minta 3 atau 4 ketul kaki ayam. Mr. Hubby pula lebih suka bahagian tengkuk ayam.

Kari Kaki Ayam!


Selain daripada kari kaki ayam, anda juga diberi pilihan antara ikan bakar dan ayam goreng berempah. Saya pilih untuk makan ikan bakar. Perrghhh memang mantap rasa perapan sambal pada ikan ni. Manis, pedas, masin dan berlemak.



Kalau makan kat sini, memang kenyang sesangat. Makan laju je, berbual pun tak sempat sebab memberi tumpuan penuh semasa mengunyah kaki ayam. Kat tempat lain pun ada je jual nasi kukus cam ni. Tapi yang kat Awan Besar nih memang yang terbaikkkkkkk.... :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...