Saturday, March 10, 2012

Places for Makan... Baskin Robbins (Ice cream!)


Saya rasa semua orang sukakan Aiskrim Baskin Robbins. Sesapa yang tak suka tu sebenarnya memang tak suka makan aiskrim. Ataupun, orang tu tak pernah rasa keenakan aiskrim Baskin Robbins. Kat Malaysia ni, especially KL/Selangor, memang melambak-lambak Baskin Robbins. Kat Mid Valley ada, Tesco Puchong ada, Alamanda ada, memang merata-ratalah ice cream parlors ni. Sehubungan itu, kepada anda-anda yang tak pernah rasa aiskrim ni, silalah cuba sekiranya  terserempak dengan kedai BR ni.



Di seluruh dunia, BR dijual di 30 negara. Saya pernah makan aiskrim BR di Jepun, Gold Coast, Phuket dan United States. Dan flavor yang paling saya suka ialah Strawberry Cheesecake.



Nama BR ni berasal daripada nama pengasas BR iaitu Burt Baskin dan Irvine Robbins. BR diasakan pada tahun 1945 di Glendale, California. Sebanyak 31 flavors diperkenalkan pada awal kemunculan jenama ini dengan slogan `31 Flavors of Fun'.



Saya memang akan menjeling-jeling ke arah BR Parlor kalau terlalu di hadapan kedai ni. Sebabnya, saya akan terbayang-bayang betapa sedapnya Strawberry Cheesecake.

Maka, semasa perjalanan pulang dari Muar ke KL minggu lepas, BR di Perhentian Ayer Keroh berjaya membuatkan saya termakan ice cream BR lagi.



Sudah tentu Strawberry Cheesecake jadi pilihan saya. Oleh kerana saya beli 2 scoops, kali ini saya padankan dengan Gold Medal Ribbon.



Puan Che Ana pun suka BR. Tapi dia tak berapa pasti perisa yang dia makan. Aik, mesti masa order tunjuk yang nampak menyelerakan je.



Ini pula pilihan Dato' DG. Dia suruh saya rasa, mak aiii rasa cam makan daun hehehehe....

Green Tea Flavor

Ada juga pilihan low-fat untuk sesapa yang tengah diet.


Selain daripada aiskrim, anda juga boleh dapatkan Shakes, Smoothies, Dry Ice dan Cakes di sini. Tapi harga Cake BR tak boleh blah, agak mahal kalau dibandingkan dengan kek biasa.

Akhir kata, saya suka BR ice-cream sebab memang manis, sejuk dan berkrim.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...