Saturday, March 17, 2012

Mesti korang pun suka Karipap Ikea!



Ada sorang kawan saya tu kan, sanggup pergi Ikea semata-mata nak beli karipap di Ikea. Maka berdasarkan fakta di atas, tentunya karipap di Ikea amat sedap dan berbaloi-baloi untuk dibeli.

Hahaha, saya sedang belajar untuk buat intro yang lebih sensasi daripada biasa (ala ala Harian Metro gitu). Tu yang mula dengan intro pasal member tuh. Namun begitu, saya memang nak cerita pasal karipap Ikea pun. Sebabnya, karipap ini memang awesome dan disukai oleh saya, Hasya, Mr. Hubby dan ramai lagi rakyat jelata kat Malaysia ni.

Hari ni kami sekeluarga pergi lagi ke Ikea. Kali ini bukan disebabkan saya nak window shopping atau nak beli apa-apa kelengkapan rumah. Dan bukan juga semata-mata nak beli karipap seperti mana member yang sanggup pergi Ikea sebab nak makan karipap tu!



Kali ni saya terpaksa rela pergi Ikea sebab nak beli rak kasut. Ini gara-gara projek 5S ler ni. Sebabnya, rak kasut kat kedai-kedai lain tak canggih dan tak boleh nak lekat kat pintu. Kepada sesapa yang tak tau pasal 5S, bolehlah menggoogle mengenai seiri, seiton, seiso, seiketsu, sesetan, semalaun, shitake, sesemut dan sebagainya ini ;D

Oleh kerana saya ni Melayu, maka saya kenalah mengikut nasihat nenek moyang, maka saya pun `minum air sambil-sambil menyelam'. Sebelum pulang, tentunya saya membeli karipap Ikea yang amat famous. Saya beli 1/2 dozen, harganya RM5.50.



Karipap ni memang sedap. Panas-panas lagi. Agaknya sebab ramai orang beli, jadi karipap ni baru digoreng aje. Inti nya adalah kari, kentang, ayam dan ada potongan telur rebus.



Kepada anda yang tak pernah cuba, silalah mencuba. Usaha anda akan tidak sia-sia kerana anda akan dapat menikmati antara karipap terbaik di Malaysia. Baik makan karipap Ikea daripada tengok citer `karipap karipap cinta' hehehehe...


1 comment:

oddity isme said...

Dear Karipop Lover! Hanya RM20 untuk 10pcs Karipop yang besar, rangup dan tasty! Puasa semakin hampir, cubalah Karipop perisa ala barat:-

[Beef Casserole]
[Mac n' Cheese]
[Mushroom n' Onion]
[Mashed potato n' Chicken Sausage]

call: 016643 3687

website: http://www.facebook.com/pages/I-love-Karipop-Not-your-ordinary-karipap/379236962142130

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...