Tuesday, March 20, 2012

Kerepek pisang dari Bandung!



Kalau anda pergi ke Bandung, Indonesia, pastikan anda singgah di kedai menjual kerepek. Ini kerana, kerepek yang dijual di Bandung sangat sedap dan menjadi pujaan ramai. Malah menjadi cenderahati popular untuk diberikan kepada sedara dan rakan-rakan di Malaysia.



A few years back, saya pernah ke Bandung. Semasa berada di Lapangan Terbang Husein Sastranegara untuk pulang, beg-beg yang saya dan Mr. Hubby bawa dipenuhi dengan kerepek, bukannya dengan barang-barang shopingan lain. Selain daripada kerepek, pelbagai jenis kek yang dijual di tepi-tepi jalan juga amat sedap dan menepati citarasa saya.

Semasa pulang dari Bandung juga, saya berkata pada diri sendiri, yang saya akan datang lagi ke Bandar tersebut. Walau bagaimanapun, selepas 5 tahun berlalu, saya masih belum berkesempatan untuk kembali ke Kota Bandung. Mungkin belum ada rezeki namanya.




Menyebut tentang rezeki, hari ini Mr. Hubby bawa pulang kerepek pisang. Yang bestnya, kerepek pisang tersebut adalah ole-ole colleague Mr. Hubby yang baru pulang bercuti dari Bandung! Nampaknya, hari ni saya dapat makan kerepek pisang Bandung sambil berangan-angan tengah shopping di Factory Outlet di sekitar Kota Bandung.



Wah, memang rindu bangat nak jenjalan kat Bandung. Teringat masa pergi dulu, tetiba je jadi orang kaya sebab ada duit juta-juta. Pastu, pergi makan restoran mahal sebab kosnya cuma dalam RM30 ke RM50 sahaja. Order macam-macam pulak tu, asal bunyi macam sedap je.

jutawan rupiah sedang bersantap

Semoga saya dan Mr. Hubby dimurahkan rezeki serta diberi peluang kedua dan ketiga dan seterusnya untuk kembali menyopink dan menjadi jutawan sementara di Kota Bandung. Kalau pergi kali ini, kos dah meningkat sedikit sebab kena bayar tiket untuk Cik Hasya dan ++ harga hotel yang bertambah kerana dah ada 2 bebudak. Once upon a time in Bandung dulu, kami berdua je sebab Hasya masih dalam perut. Sekian. 


4 comments:

adda syuhada said...

mcm tu yer kerepek dr bandung..syioknya bercuti...sy xpernah lgi smpai bandung walaupun keja travel agency..hukhukhuk..

weezana said...

Takpe, nanti2 mesti boleh pegi. Airasia kan ada, semua org boleh terbang... Best pegi Bandung, macam2 ada :)

Cik Eka said...

kite tingin sungguh kepek pisang keje nie. hehehehehe

rugi sesangat sangat tak kirim kat kawan masa dia pegi bandung.

weezana said...

saya pun dah lama tak makan kerepek ni.. kat bandung je ke yang ada? huwaaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...