Monday, March 19, 2012

Bubba Gump Shrimp lagi!

Kasut Forrest

Saya mulakan dengan quotes daripada filem Forrest Gump (1994), babak perkenalan Forrest Gump dengan Bubba.


Bubba: My given name is Benjamin Buford Blue, but people call me Bubba. Just like one of them ol' redneck boys. Can you believe that?

Forrest Gump: My name's Forrest Gump. People call me Forrest Gump.

Saya memang sudah ada kegilaan terhadap `Bubba Gump Shrimp'. Untuk entry terdahulu mengenai latar belakang restoran, boleh klik sini. Kesedapan Barbeque Ribs dan pelbagai pilihan menu udang, membuatkan saya selalu teringat dengan restoran ini. Cubalah apa sahaja, menu-menu di Bubba Gump Shrimp memang sedap2 belaka.

Mr. Hubby dalam kasut Forrest!


Meskipun saya telah berikrar untuk berdiet, saya terpanggil juga untuk mengunjungi restoran ini. Sekali lagi Bubba Gump Shrimp di Sunway Pyramid menjadi pilihan. Ini kerana saya tidak perlu berasa was was memandangkan cawangan di Sunway ini telah mengumumkan pada websitenya bahawa daging-daging yang disajikan adalah dari sumber yang halal.

Meskipun restoran ini memasang lampu kemerah-merahan ala-ala pub gitu, tapi hakikatnya restoran ini adalah antara restoran family yang baik kerana menawarkan makanan dan minuman percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Tambahan pula, kanak-kanak diberikan pensel warna dan kertas bergambar untuk aktiviti mewarna.




Kali ni Hasya order Chicken Strips dengan Orange Juice.

Chicken Strips


Kami pula order BBQ Beef Back Ribs dan Shrimper's Heaven. Kali ni memang puas makan BBQ Beef Back Ribs sebab ada 5 pieces yang besar! Dan kalau anda peminat udang, anda memang patut order Shrimper's Heaven kerana menu ini menyajikan anda 4 jenis perisa udang iaitu Coconut Shrimp, Chilly Shrimp, Fried Shrimp dan Tempura Shrimp.

BBQ Beef Back Ribs

Shrimper's Heaven


Sebelum pulang, saya sempat singgah melihat-lihat Bubba Gump's merchandise. Tidak semena-mena hati saya tertarik dengan t-shirt comel yang sesuai untuk Hasya. Maka, Hasya dapat t-shirt Bubba Gump nya yang pertama.

Her first Bubba's t-shirt


Akhir kata, best giler makan kat Bubba Gump. Sangat sedap dan sangat kenyang. Lari diet hehehehe....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...