Friday, February 3, 2012

Yong Tau Foo (Pasar Malam Yummylicious)



Sesuatu yang anda akan rindu dan teringat-ingat sekiranya anda berada di luar negara adalah `pasar malam' atau night market. Meskipun pasar malam bukanlah suatu tempat yang selesa dan sesuai untuk beriadah dan membeli-belah dengan harmoni, namun keunikan pasar malam menjadi pujaan ramai rakyat Malaysia.

Uniknya pasar yang dibuka pada sebelah lewat petang ini adalah pilihan makanan yang dijual kebanyakannya sukar didapati di tempat lain. Sekiranya ada dijual pun, rasanya tak sama dan mood pembeli juga tidak sama kerana beli makanan di pasar malam ini ada feel yang tersendiri.



Saya juga peminat pasar malam sama seperti anda semua. Banyak makanan yang saya suka di pasar malam. Antaranya ayam percik, yong tau foo, pelbagai nasi, air soya, makanan bergoreng, jagung bakar, pelbagai mee, pau, sate dan banyak lagi.

Malam ni saya ke pasar malam lagi. Kali ini kami beli yong tau foo. Menurut wikipedia, Yong tau foo (酿豆腐) ialah sejenis hidangan sup Cina Hakka yang kerap didapati di Singapura dan Malaysia. Yong tau foo bermaksud 'stuffed bean curd'.


Pilihan kami

Istimewanya yong tau foo ialah anda boleh memilih bahan-bahan kesukaan anda untuk digabungkan dan dimakan dengan sos yang pedas-pedas manis.



Kalau rajin, anda boleh buat sendiri yong tau foo. Cuma buat sos/kuah nya. Bahan-bahan yang lain iaitu bebola ikan atau kepingan fillet seafood boleh didapati di pasar raya. Tapi saya memang tak mahu buat sendiri sebab saya suka pergi pasar malam, baru ada feel. ;D

Selamat malam dan selamat bercuti selama 4 hari!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...