Tuesday, February 28, 2012

Places for Makan... Pak Abu Sup Ekor

Kalau dapat curi masa lunch selama sejam dan ada geng untuk makan luar pagar, saya amat suka kalau dapat makan di Restoran Pak Abu Sup Ekor. Restoran ni dekat Jalan Pantai baharu, dekat je dengan Bomba Pantai Baharu tu.


Kepada sesapa yang tak suka makan di restoran yang tak berapa cantik rupa paras dan reka bentuknya, anda tak perlulah datang ke restoran ni. Ini kerana restoran ini tidak fancy ataupun gorgeous. Meskipun begitu, restoran ini amatlah penuh dengan pengunjung pada waktu tengah hari kerana masakannya yang amatlah awesome.

Selalunya, saya akan order ayam goreng kampung sebagai lauk makan tengah hari. Ayam goreng kampung ni walaupun dibuang kulit, tapi rasanya sangat sedap tau..



Masakan yang wajib dicuba juga adalah gulai kawah. Perrggghhh... memang sangatlah berkalori tinggi! Tapi, janganlah sesekali mengelaknya kerana anda akan kerugian yang amat sangat. Gulai kawah ini ada rasa pedas, masin, manis dan berlemak. Cukup rasa. Kalau datang lambat, kuah gulaipun habis disenduk oleh pengunjung.



Untuk minuman, my colleagues suka sangat order jus asam boi.



Meskipun nama restoran ni `Pak Abu Sup Ekor', tapi saya tak pernah order sup ekor tersebut. Saya juga tak pernah order masakan-masakan lain. Saya ni memang ada masalah sikit, kalau dah suka sesuatu memang tu jelah yang saya order. Mana taknya kan, makan di Pak Abu ni bukannya setiap hari. Paling kerap pun seminggu sekali. Masuk minggu kedua je, dah rindu nak makan gulai kawah lagi hehehehe...




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...