Monday, February 13, 2012

Places for Makan... Nando's

Bem Vindo Ao....  (Portugese untuk welcome atau selamat datang) 

Sedapnya makan Ayam Panggang Peri-Peri! "It's fresh.. It's different"



Kalau sebut `Peri-peri' automatiknya kita akan terfikir satu nama iaitu "Nando's". Sebelum kita ke bab makan-makan, terlebih dahulu saya nak tanya, "Tau ke `peri-peri' tu apa?" Seperti biasa juga, kalau tak tau tak mengapa, saya boleh bagitau.



Per-peri (piri-piri, pili-pili) merupakan spesis cili dalam kumpulan `Capsicum frustescens'. Perkataan `Pili-pili' ini berasal daripada bahasa Swahili yang bermaksud, `Pepper Pepper'. Cili peri-peri ini juga dikenali sebagai African Bird's Eye atau African devil.  Lada ini hidup dan boleh didapati di Malawi, Afrika Selatan, Ghana, Nigeria, Zimbabwe dan Mozambique.


Jom kita layan FAQ dulu:

Soalan: Kenapa pula perisa dan sos peri-peri ini popular di Nando's?

Jawapan: Kerana Nando's adalah sebuah rangkaian restoran yang berasal dari Afrika Selatan dan bertemakan Portugis (Portugese-Mozambiqan Peri-peri). Afrika Selatan kan salah sebuah negara yang ada Cili Peri-peri.

Soalan: Okay, make sense. Tapi, apa pula kaitannya dengan Portugis?

Jawapan: Pada tahun 1508, pelayar-pelayar Bangsa Portugis belayar merentasi lautan untuk mencari rempah-ratus (ingat tak pelayar Portugis juga pernah sampai ke Melaka dan menjajah negeri tersebut pada tahun 1511?). Salah sebuah kapal pelayar tersebut telah berlabuh dan berhenti di Mozambique. Mereka kemudiannya membina sebuah pelabuhan dagangan. Kemudiannya, mereka telah menemui rempah-ratus termasuklah rempah peri-peri Nando's ni.

Soalan: Macam takde kaitan je. Maksudnya, orang Portugis ke yang buka Nando's? Nando's tu berasal daripada bahasa apa?

Jawapan:  Restoran ini dinamakan bersempena Nandie, anak lelaki Fernando Duarte salah seorang daripada pengasas Nando's. Duarte berbangsa Portugese-Mozambiqan. Duarte dan rakan kongsinya, Robert Brozin, membeli sebuah restoran dipanggil Chickenland di Rosettenville, Johannesburg pada tahun 1987. 

Soalan: Oh, orang Portugis yang dah duduk Afrika Selatanlah maksudnya. Okaylah, sedap tak rempah peri-peri ni?

Jawapan: Gila tak sedap? Sedap sangat tau! Tu yang restoran Nando's ramai je orang! Dah, jangan banyak tanya jom tengok apa yang best untuk dimakan kalau pergi Nando's!


Paling senang, anda order sahajalah 1/4 chicken with Sidelines. Kalau lapar sangat, anda boleh order 1/2 chicken with Sidelines.




Selalunya, saya akan order quarter chicken ini. Antara sidelines yang boleh anda pilih adalah Coleslaw, Old Style Chips, Peri Chips, Mediterranean Rice, Peri Corn, Peri Potato Salad, Grilled Vegetables dan Peri Bean 3 Salad.


Apabila mengorder tu, pelayan di Nando's akan bertanya kepada anda, apa flavor yang anda mahu. Anda bolehlah menjawab mengikut kepedasan yang anda suka iaitu pilihan antara Extra Hot Peri-peri, Hot Peri-peri, Mild Peri-peri atau Lemon and Herb. Ada banyak lagi pilihan set dan pilihan menu, tapi yang saya bagi review ni yang basic ye, yang saya selalu makan.


Saya punya Mild je


Hot Peri-peri

Ice Lemon Tea

Kali ni tak pergi dengan Mr. Hubby tapi pergi ngan my colleague yang cantik manis. Nama my colleague ni Puan Afiza.  Kami makan di Nando's Mid Valley.


Akhir kata, gila tak sedap? Sedap sangat Nando's ni. Nampaknya, selera orang Malaysia sekarang ni agak similar dengan orang Portugese-Mozambiqan. Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...