Tuesday, February 7, 2012

MPH & Baucar Buku 1Malaysia (masa utk mengepow!)


Tetiba je Mr. Hubby dapat baucer buku RM200. Hmmm... Sebabnya Mr. Hubby punya status sebagai pelajar IPT meskipun belajar secara part-time. Almaklum berdasarkan panduan pemberian Baucar Buku 1Malaysia ada digariskan, "Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa".

Aiseh, kenapalah dari dulu-dulu gov tak terfikir nak bagi baucer buku ni? Kalau tak dah banyak kali jugalah saya merasa dapat beli buku free. Takpe, takpe.. Oleh kerana saya tak pernah merasa baucer buku free, inilah masanya untuk mengepow Mr. Hubby.



Maka, saya pun ajak Mr. Hubby pergi ronda-ronda kat Mid Valley. Sambil window shopping, boleh tengok-tengok kedai buku. Kebetulan pula MPH Mid Valley baru sahaja pindah ke Tingkat Bawah. Jadi, kami belum pernah lagi meronda di MPH yang baru pindah ni.

Kat depan pintu masuk MPH ada papan kenyataan yang berbunyi dapat baucer RM5 bagi setiap pembelian RM100 yang guna Baucar Buku 1Malaysia. Hah, mesti beli nih. Jadi, boleh dapat baucer MPH RM10.



Ramai sungguh umat di MPH ni, majoritinya bebudak IPT. Dorangpun berlegar-legar mencari buku untuk menghabiskan Baucar Buku 1Malaysia dorang. Dan... akhirnya projek mengepow berjaya. Mr. Hubby kenalah guna baucer untuk beli buku-buku cerita koleksi saya hehehe...



Terima kasih ye Mr. Hubby. Jangan marah ye, semester baru kan masuk bulan Mac, kalau tak beli buku sekarang nanti expired pulak baucer tu. ;D

2 comments:

mass lela wangsa said...

hahaha..ini salah guna baucer nie.....

weezana said...

janji beli buku hehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...