Saturday, February 25, 2012

Mencari Sebuah Ketenangan...



Setelah setahun pulang ke tanah air, kami sekeluarga tidak berjaya mencuri masa untuk bercuti selain daripada cuti pulang ke kampung. Bercuti ke destinasi-destinasi percutian adalah suatu aktiviti yang indah. Dan mencari sebuah ketenangan itu sesuatu yang amat  indah.




Justeru, hujung minggu ini kami mengambil cuti pada hari Jumaat untuk mendapatkan sebuah percutian 3 hari 2 malam ke sebuah Pulau yang tenang. Ini bukanlah kali pertama kunjungan kami ke pulau ini. Ini adalah kali kedua bagi Mr. Hubby dan Hasya. Kali ketiga buat saya.




Pantai yang tenang serta hati yang tenang sememangnya mengundang berjuta keindahan. Percutian keluarga ini memang bermakna bagi kami mengeratkan lagi kasih sayang antara kami.

Meskipun hujan emas itu adalah di negara orang, tapi kami amat cintakan hujan batu di negara sendiri. Itulah sebabnya kami kembali ke pulau ini. Meskipun juga, kami telah ke tepian pantai di Lautan Atlantik dan Pasifik, namun, pantai di tanah air sendiri ini tetap menjadi pilihan hati kami... untuk mencari sebuah ketenangan... serta keindahan....







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...