Tuesday, February 14, 2012

Makan Malam Hatiku Hatimu.... with Mr. Hubby

Bukan senang nak makan malam berdua sahaja apabila sesebuah family itu sudah berkembang menjadi 3, 4, 5 atau jumlah-jumlah tambahan selain daripada angka 2. Namun begitu, makan malam berdua sepatutnya menjadi amalan sekali-sekala untuk mewujudkan suasana romantik sesama pasangan hidup anda.

Almaklum, kita bukan hendak hidup bersama pasangan masing-masing setakat setahun dua. Tapi, kita mungkin akan menghabiskan masa bersama pasangan selama berbelas, berpuluh tahun atau sehingga ke hujung nyawa.




Maka, untuk membangkitkan perasaan gembira dan `hatiku hatimu', malam ini saya cuma dinner berdua sahaja dengan Mr. Hubby. Venue pilihan kami adalah makan malam buffet di CafĂ© Lavista, Equatorial Bangi-Putrajaya.

Suasana di Cafe ini adalah selesa dan agak privacy. Tempat duduknya tidak terlalu dekat di antara meja ke meja. Hiasan di meja makan kami juga sungguh romantik. Ada taburan bunga mawar, lilin dan napkin yang digubah bentuk burung bangau (seakan-akan bentuk hati juga).




Pilihan makanan juga sangat banyak terutamanya Grill Cuisine, Salad dan Dessert. Saya makan macam-macam (lupakan diet seketika) kerana terlalu banyak makanan yang sangat ingin nak rasa. Istimewanya juga kerana anda boleh meminta pasta mengikut sos kegemaran dan bahan-bahan mentah yang anda suka. Pasta anda akan disiapkan fresh from stove.






Selain itu, ada makanan-makanan hatiku hatimu... :)



Dessert Hatimu

Fruit n Chocolate dipping

Sebab terlalu banyak makanan yang best, saya terlupa nak makan ice-cream! Tapi saya dapat makan dessert2 lain yang best giler, contohnya Pavlova.



Pavlova!

Semasa Mr. Hubby bayar bil, tetiba je cashier tu bagi sekuntum bunga rose dengan bungkusan coklat yang sangat cantik. Dan, Mr. Hubby bagi bunga dan coklat tu untuk saya. Makan malam hatiku hatimu ini memang mengembirakan hati....

 


Bunga dan Coklat dan bekas coklat tu pun sebenarnya coklat...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...