Sunday, February 19, 2012

February 18... Happy Birthday to Me! (& Bubba Gump Shrimp's story)

As you get older three things happen. The first is your memory goes, and I can’t remember the other two.

So, I can't remember a lot of things including my age muahahahaha... :D

Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mengucapkan `Happy Birthday' kepada saya terutamanya menerusi Facebook dan juga SMS. Menyedari bahawa dunia sekarang ni memang paperless, maka saya tidak menjangkakan sebarang ucapan yang menggunakan kad ucapan dan sebagainya. 

Hari ini tidaklah saya mahu membuat sendiri sepotong ataupun sebiji kek. Kerana hari ini sepatutnya saya makan kek yang dibuat oleh orang lain. Oleh yang demikian, hari ini Mr. hubby telah membeli 3 potong kek Secret Recipe. Kenapa pula 3 potong kek dan bukannya sebiji kek?


Sebabnya, kami ni ada 3 orang je yang nak makan kek. Kalau beli sebiji memang membazirlah jawabnya. Jadi, Mr. Hubby beli 3 slices kek yang berlainan iaitu Chocolate Chip Walnut, Classic Cheese dan Chocolate Cheese. Cukuplah kan untuk kami anak-beranak.

Seterusnya, lewat petang kami ke Sunway Pyramid. Kenapa Sunway Pyramid?



Sebabnya, Mr. Hubby nak belanja birthday dinner dan juga nak belikan birthday present. Tapi kenapa Sunway Pyramid? Mall lain pun ada tempat makan yang best2 juga.



Sebabnya, di Sunway Pyramid terletaknya Bubba Gump Shrimp yang terbesar di Asia Tenggara. We're going to have dinner at Bubba Gump Shrimp! Like Like Like.



The Bubba Gump Shrimp Company Restaurant and Market merupakan rangkaian restoran yang diinspirasikan daripada filem `Forrest Gump' (1994). Di Malaysia ni cuma ada dua cawangan iaitu di Sunway Pyramid dan di The Curve. Restoran Bubba Gump pertama di dunia dibuka pada tahun 1996 di Monterey, California.



Uniknya, nama `Bubba Gump' ini adalah gabungan 2 watak fiksyen dalam filem Forrest Gump iaitu nama Forrest Gump sendiri dan rakannya Benjamin Buford Bubba Blue. Menariknya juga, dalam filem tersebut, Bubba mencadangkan supaya Forrest menjadi nelayan bot udang (shrimp boat fishermen) dan Forrest melaksanakan cadangan tersebut selepas kematian Bubba. Forrest telah membeli sebuah bot untuk nelayan udang yang diberikan nama `Jenny' dan Forrest kemudiannya telah berpindah ke Bayou La Batre, Alabama.



Kenapa kami pilih Bubba Gump Shrimp?



Sebabnya, kami suka sangat dengan makanan-makanan kat sini. Semuanya terlalu sedap! Sangat dan sangat! Malam ini, kami order `Bubba's After the Storm, Bucket of the Boat Trash' dan `Lt. Dan's Barbecue Rib & Chicken Combo'. FYI, Lt. Dan tu ialah Lieutenant Dan Taylor, Platoon Commander Bubba & Forrest.

Beef Back Ribs & Grilled Chicken in Barbecue Sauce

Gabungan udang, lobster & fillet ikan dalam Bucket Boat Trash


Set Hotdog  (Kid's Meal) pula untuk Hasya. Set Hotdog ni dihidangkan atas Bot Forrest Gump yang dinamakan `Jenny'. Kebetulan pula Bubba Gump shrimp ni tengah ada promosi. Jadi, kami tak perlu bayar untuk makanan Hasya. Dalam bil tulis, `Kids Eat Free'.


Menu bebudak yang percuma, jimat RM12.90.


Bot Jenny


Atas bot ada Hotdog & fries

Sebelum pulang ke rumah, kami singgah di 2 kedai iaitu MPH dan Butik Guess. Dan Guess What? Mr. Hubby belikan hadiah untuk saya. Sekalipun tak suprise tapi saya sangat suka dengan hadiah pilihan ini.



Guess What?

Koleksi Shopaholic (Sophie Kinsella) & Beg Guess!
Akhir kata, sebab saya lupa umur saya berapa, jadi saya suka je sambut birthday. Terima kasih untuk segala-galanya!

p.s: FYI, di website Bubba Gump Shrimp Malaysia: All our food is halal – free from alcohol and pork free. All Meat and poultry are from Halal resources.


2 comments:

A.s.t.i.n.a said...

Happy belated birthday yunkk.. siut la romantik si Tam... like like like!

babe, ape kate tukar comment setting ke pop up window dan disable word verification...

weezana said...

Aha! Dia tu ada mood, kekadang romantik, selalunya tidak lah sangat :D Aku dah tukar setting. Aku pun tak perasan yang selama ni ada word verification tu.. thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...