Saturday, January 14, 2012

Places for Makan... Wendy's



Adakah anda kenal dengan `Dave Thomas'? Tak kenalkah? Hmmm.. tak mengapa kalau tak kenal. Saya boleh kenalkan :)

Dave Thomas adalah pengasas kepada rangkaian restoran makanan segera `Wendy's'. Pernah dengar tak nama `Wendys'? Bagi warga KL dan Selangor, pastinya agak familiar dengan jenama fast food ini kerana rangkaian Wendy's terdapat di Sunway Pyramid, IOI Mall Puchong, Jaya One, Jalan Sultan Ismail, Mont Kiara, Giant Kota Damansara, Aeon AU2 dan Berjaya Times Square.



Dave Thomas meletakkan moto, "Quality is our Recipe®" untuk restoran ini. Maka, jika anda mahukan pilihan fast food yang berkualiti tinggi, anda patut cuba menu di Wendy's. Burger-burger di Wendy's hanya dibuat setelah diorder oleh pelanggan untuk menjamin kualiti burger tersebut.

Restoran ni mula bertapak pada tahun 1969 di Columbus, Ohio. Sekarang ni Wendy's adalah rangkaian ke-3 terbesar bagi kategori hamburger fast food chain iaitu di belakang McDonald's dan Burger King. Jadi, kalau anda dah selalu sangat makan di McD atau Burger King, sampailah masanya anda cuba untuk makan di Wendy's. Logo Wendy's iaitu budak perempuan yang berambut merah, sebenarnya adalah anak ke-4 Dave Thomas yang bernama Melinda Lou Wendy Morse.


Kali ni saya nak bagi review tentang Wendy's di IOI Mall Puchong. Wendy's ni merupakan salah satu fast food yang kami suka. Selain daripada McD, KFC, Burger King dan Carl's Jr. Kalau nak makan dengan tenang, Wendy's memang jadi pilihan kerana tak perlu bersesak-sesak seperti di McD dan KFC.





Pilihan makanan juga banyak. Kali ini saya order Burger Shrimp Supreme. Untuk Shrimp lovers, wajib cuba burger ni sebab memang sedap.



Mr. Hubby pula order Burger Double with Cheese. Ada kids' meal juga yang disertakan dengan mainan. Maka, Hasya order Kids' meal yang ada pasta, kentang goreng dan minuman.




Wendy's ada buat promosi Combo Savers yang Off RM2 mengikut hari. Hari Isnin untuk Single Mushroom Melt, Selasa untuk Spicy Chicken Sensation, Rabu untuk Shrimp Supreme, Khamis untuk Double Cheese dan Jumaat untuk Ayam Goreng.



Hasya bukan sahaja gembira makan di Wendy's ni, mainan yang dia dapat akan lebih-lebih lagi menggembirakan hatinya.




p.s.: Say what you want about the US. I love this country so much! :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...