Friday, January 27, 2012

Places for Makan.. Restoran Anjung Muara, Tanjung Dawai




Kalau pulang ke Sungai Petani, Mr. Hubby mesti plan untuk makan malam di Tanjung Dawai. Kepada kengkawan yang tak berapa familiar dengan negeri Kedah, Tanjung Dawai terletak kira-kira 30km dari Sungai Petani dan memang terkenal dengan makanan laut. Majoriti penduduk Tanjung Dawai adalah nelayan dan petani. Ini dipengaruhi oleh faktor bentuk muka bumi iaitu kawasan yang terletak di bahagian muara sungai.



Ada banyak pilihan restoran makanan laut di sekitar Tanjung Dawai. Dalam bebanyak restoran tu, kami amatlah tertarik hati dengan Restoran Anjung Muara. Nampaknya restoran ini sudah menjadi favorite restoran kami di Tanjung Dawai ini. Sebabnya, pilihlah apa sahaja makanan laut untuk dimasak, anda pasti akan puas hati dengan kesedapan masakan tersebut.



Makanan laut di sini bukan sahaja segar dan sedap, keadaan persekitarannya juga selesa. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa restoran ini mengalami kepadatan pengunjung yang luar biasa pada hari-hari cuti umum. Akibatnya, anda mungkin terpaksa menunggu agak lama untuk menjamu selera. Kalau hari-hari biasa atau hujung minggu yang biasa, pastinya anda akan dapat makan dengan pantas dan selesa.



Oleh kerana ini bukan kali pertama saya makan malam di Anjung Muara, maka saya ada gabungkan beberapa foto daripada kunjungan saya sebelum ini. Sekadar memeriahkan pilihan makanan yang ada. Jom tengok, apa yang saya pernah cuba :)

Ikan Bakar

Ikan bakar
Udang Goreng Sambal
Sotong Goreng Tepung

Sup Tulang

Lala Goreng Pedas

Udang Goreng Mentega Kari

Ketam Masak Masam Manis

Tomyam Campur (dah nak abis)

Sedapkan nampak gambar-gambar kat atas tu? Itu baru gambar, rasanya memang sedap sangat. Harganya pun berpatutan (bergantung kepada apa yang anda pilih ler...). Setelah kenyang dan habis makan, tibalah waktu untuk bayar. Semasa Mr. Hubby bayar kat kaunter, saya sempat meninjau-ninjau di tempat pembayaran tersebut. Pada dinding restoran, ada sesuatu yang menarik perhatian.....


Apakah yang menarik perhatian?

Sesuatu yang menarik perhatian adalah gambar ini:



FYI, kalau anda ke negeri Kedah, cuba anda tajam-tajamkan penglihatan apabila pergi ke kedai-kedai. Ini kerana, banyak kedai (semua kaum tau!) ada menggantung gambar Sultan Abdul Hamid seperti gambar yang saya paparkan di atas. Pada tengkolok yang dipakai oleh baginda, terdapat bulu burung cenderawasih. Dipercayai (oleh ramai orang) gambar ini membawa tuah yang hebat (pelaris) kepada premis-premis yang menggantungnya. Atau bahasa pasarnya: Gambar ini banyak onggggg :) Burung Cenderawasih (atau Phoenix atau Bird of Paradise) ini juga dipercayai berasal dari Kayangan (menurut wikipedia fakta ini adalah tahyul).

Kesimpulannya, selepas ini anda janganlah hairan sekiranya terpandang gambar Sultan ini di premis-premis perniagaan.

Disclaimer: Sekadar menambah pengetahuan mengikut fakta-fakta yang ada, bukan suruh korang gantung gambar tu (takut syirik).

6 comments:

Noemi @ Mimie Macawile said...

Smlm saya dan suami makan kat sini.. makan nya boleh tahan sedap.. abg pon ckp sedap, cumanya agak mahal la utk 3 jenis makanan laut dan satu jenis sayur semua sekali 93rm utk dua org makan, Sebab selalu saya dan suami makan satu family dengan hidangan yg kami biasa ambil paling mahal pon 200 plus not exceed 300rm for 7pack. Saya pon tak tahu tentang mana yg mahal, ikan ke atau udang.. selalu juga makan seafood berdua tapi normally tak semahal smlm kalau d kawasan kedah ni la.. apa pun, saya nak berterima kasih pada akk sebab rekemen tempat ni(tanjung dawai area ).. such a nice artikel.. for a new comers like me i always go online kalau nak cari tempat makan atau tempat nak stay..zaman dah maju la katakan. Keep it up sis...

weezana said...

Sama2.. saya pun selalunya blog walking kalau nak cari tempat makan di tempat2 yang saya tak pernah sampai atau tak berapa tahu. thanks sbb sudi baca :)

AqillaSharif said...

Start operasi pkul brp ya?

weezana said...

Aqilla, sayapun tak pasti. Tapi leat petang dah buka rasanya.

nur qhomariah razali said...

sebelum puasa sy gi makan mmg sedap .harga ok ..tomyam campur,ikan jenahak bakar,sotong grg tepung ,telur dadar,udang grg kunyit,rm72 ..nanti akan pi lagi no

weezana said...

kan.. nur qhomariah.. berbaloi dan sedap :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...