Tuesday, January 3, 2012

Places for Makan... Penang Village



Sekiranya anda sukakan masakan Nyonya Penang, tapi malangnya anda berada di luar Pulau Pinang (seperti saya), maka anda harus mencari jalan bagaimana untuk menikmati keenakan masakan Nyonya Pulau Pinang.

Masakan Baba dan Nyonya (Melaka dan Penang) memang sedap dan saya adalah penggemar masakan tersebut (asam laksa.. sedapnya..) sejak saya mula-mula diperkenalkan dengan masakan etnik ini.

Kebetulan pula, semasa berjalan-jalan menjamu mata di Alamanda, Putrajaya (Sorry guys, it's Alamanda again!) ternampak sebuah restoran bernama `Penang Village'. Apa lagi, mesti cuba ni!



Apabila memasuki restoran, suasana persekitaran cukup selesa dan harmoni. Pekerja-pekerja di sini juga sangat mesra dan peramah. Senyuman tak lekang di bibir mereka. Hiasan luaran dan dalaman restoran cukup cantik dan mengekalkan seni tradisi etnik Baba dan nyonya di Penang.


Hiasan ukiran pada dinding


 Apabila menu dibuka, mata kami mula rambang memilih masakan-masakan Nyonya Penang yang ditawarkan. Banyak sungguh pilihannya.

Saya berkata pada Mr. Hubby, "tak payah makan nasilah hari ni, kita cuba menu yang goreng-goreng." Mr. Hubby setuju dengan cadangan tersebut.

Maka, kami order menu gorengan sebagai juadah makan malam kami. Saya order Char Kway Teow, Char Mee Suah untuk Hasya dan Mr. Hubby order `the must try' Village Fried Rice. Untuk minuman, Hasya minum Pepsi, mr. Hubby pilih Soya Cincau dan saya minum Soya Bean.



Pepsi dalam jug kecil

Soya


Nasi goreng Mr. Hubby sampai dulu. Rasa nasi goreng ini memang `WOW'. Yang paling meng`wow' kan nasi goreng ini adalah sambal udang kering yang seakan-akan serunding yang disertakan bersama nasi goreng ini. Ini adalah pelengkap rasa kepada nasi goreng Nyonya yang lazat ini. Nasi goreng ni ada udang tempura, ayam gorang berempah dan telur goreng lagi!


Village Fried Rice


Char Kway Teow saya pun sedap sangat. Tapi tetap tidak boleh lawan Char Kway Teow di Little Penang (the best setakat ni).


Char Koay Teow

Char Mee Suah untuk Hasya juga sedap.


Char Mee Suah


Kesimpulannya, kami akan datang semula ke Penang Village. Kami akan cuba masakan-masakan lain pula. Makan nasi dengan lauk pula. Restoran ni memang best dan harganya pun berpatutan.


Posing dgn makanan dah hampir licin...

Selain daripada cawangan di Alamanda, Penang Village turut dibuka di TTDI, Hartamas, Ampang, 1 Borneo Hypermall KK (orang Sabah boleh pergi makan bah..), dan ada outlet di Jakarta dan Surabaya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...