Friday, January 13, 2012

Places for Makan.. Ali Cafe Tomyam Seafood

Tengah hari tadi saya makan di luar pagar opis. Kebetulan bos unit lama ajak makan kat luar. Kebetulan juga My Boss (current) sedang sibuk entertain VVIP. Jadi adalah waktu senggang untuk eating out.

Oleh kerana tak boleh nak berlama-lama di luar, kami (saya, bos unit lama dan bos kepada bos unit lama) pilih untuk makan di Ali Cafe Tomyam Seafood. Dekat je restoran ni, 5 minit je dah sampai.



Restoran ni popular di Lembah Pantai dan sentiasa ramai pengunjung. Restoran ini menghidangkan menu ala Thai seperti mee, tomyam putih, nasi goreng, kuay teow dan lauk-pauk ala Thai.

Terletak di tepi jalan, restoran ini bersih dan selesa di bahagian dalamnya. FYI, dah banyak kali saya makan di sini dan menu-menu yang saya cuba keseluruhannya sedap-sedap belaka.



Kali ini saya order Nasi Goreng USA. Di restoran ini, Nasi Goreng USAnya dilengkapi dengan daging masak merah dan telur mata kerbau. Rasanya pun ok.



Bos unit lama dan Bos kpd bos unit lama (hehehe punyalah complicated), order menu yang sama iaitu Nasi Goreng Seafood. Menurut mereka berdua, Nasi Goreng Seafood ini agak pedas. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka menghabiskan makanan masing-masing kerana kesedapan nasi goreng tersebut.



Sebagai tambahan, kami order Tomyam Seafood. Kuahnya berwarna putih tau. rasanya sedap tapi kepedasannya hingga ke telinga. kalau anda tak makan pedas, elok cakap dengan waiter, "kurang pedas ye".



Ketiga-tiga kami juga memilih Jus Apple Susu sebagai minuman. Cuma Bos unit lama pilih versi panas. Saya dan Bos kpd bos unit lama lebih suka yang sejuk. Jus Apple Susu ni memang sedap dan sesuai dengan selera saya.



Akhir kata, kalau tak sedap, takkanlah restoran ni sentiasa ramai orang kan. Harganya pun biasa-biasa je. Tambahan pula sebab Bos kpd bos unit lama yang belanja. Thank you Bos, lain kali belanja lagi ye... ;)




Alamat seperti di bawah:


Ali Café Tomyam Seafood
1, Jalan Pantai Baru,
59200 Kuala Lumpur.

4 comments:

nurulhaiza said...

kak wiz, mmg air apple susu kt situ sgt sedaaappp!!!

weezana said...

ha'ah, air abis dulu pastu kenyang air jadinya hehehehe... :)

JuadahMalaysia said...

memang sedap tomyam sini. dulu tiap2 minggu pegi makan sini

weezana said...

kat pantai dalam ni memang banyak kedai makan sedap2:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...