Saturday, December 31, 2011

Step by Step... Cheese Frankfurter Pizza






Hari terakhir bagi tahun 2011 ni saya nak buat pizza. Kalau dah pandai buat pizza, tak payah la nak ke Pizza Hut, Domino's atau Papa John, kecuali kalau diorang ada produk baru (yang wajib dicuba) atau dah bosan makan pizza air tangan sendiri.

Sangat mudah sebenarnya untuk buat pizza yang sedap, tambahan pula kalau anda ada breadmaker yang sungguh handal menguli doh. Kalau anda tidak ada breadmaker, mintalah suami/ayah/abang/adik lelaki anda tolong uli kerana tangan lelaki lebih bertenaga daripada wanita. Itulah sebabnya, kenapa ramai chef2 yang hebat adalah lelaki. Lihat sahaja `iron chef', semuanya lelaki kecuali iron chef versi Amerika yang saya nampak adalah sorang chef pompuan. Tapi chef tu pun tak sehebat Bobby Flay kan? Hehehe...

Maka, pelbagai gadget dicipta oleh inventors (lelaki jugalah kebanyakkannya ni) untuk membolehkan wanita-wanita menghasilkan masakan yang memerlukan banyak tenaga. Lihat sahaja Martha Stewart yang menggunakan produk-produk KitchenAid (namanya pun `KitchenAid'!).



Oleh itu, pada hari ini, saya dan pembantu saya Kenwood BM250 akan membuat Cheese Frankfurter Pizza. Mari kita mulakan.


Bahan-bahan Doh (hasilkan pizza saiz besar)

200gm tepung roti
1sk susu tepung
1 sudu makan mentega
1 sk yis
1/4 sk garam
1 sk gula
1/2 sk oregano (optional, tak letakpun takpe)
2 sk madu
1 sudu makan olive oil
1/2 bread improver
125ml air


Cara buat doh

Masukkan semua bahan doh dalam Breadmaker. Pilih Menu `dough' dan tekan On. Tunggu hingga siap. Kalau tak guna BM kena uli hingga doh sebati dan kental, kemudian tutup dan biarkan selama 45 minit.



Apabila doh dah siap (BM berbunyi tanda dah siap atau yang uli tangan dah biarkan selama 45 minit). Tumbuk-tumbukkan sedikit doh untuk keluarkan angin yang terperangkap dalam doh. Kepal-kepalkan doh kira-kira 2 minit. Alihkan Doh ke papan/meja pencanai yang telah ditabur sedikit tepung (kalau tak doh akan melekat). Uli dengan pencanai dan bentukkan bulatan dengan ketebalan 0.5cm.




Alihkan doh yang telah leper tadi ke loyang pizza yang telah digris. Tekan dan ratakan doh pada loyang.




Untuk Topping

Topping ni sebenarnya boleh letak apa-apa yang anda suka. Untuk Cheese Frankfurter Pizza, beginilah caranya:

Sapukan pati tomato/sos tomato atau sos pasta ke atas doh pizza.



Susun Cheese Chicken Frankfurter yang telah dihiris kecil atas doh. Taburkan pizza seasoning. Kalau tak ada pizza seasoning boleh ganti dengan Oregano, Basil dan Parsley flakes.


Saya guna Cheese Chicken Frankfurter


Taburkan Keju Mozzarella.



Bakar 180 darjah selama 12-15 minit atau sehingga doh pizza dah warna perang muda.



Pizza home-made dah siap! Dohnya rangup di luar dan lembut di dalam. Topping yang cheezy dan sedap.. Tba-tiba rasa lapar sangat! Mangiamo adesso!





Thursday, December 29, 2011

Step by Step... Egg Benedict (breakfast yang simple)



Kadang-kadang tu memang tak sangka resepi yang mudah dan simple bahan-bahannya, boleh menghasilkan makanan yang begitu sedap!

Tanpa berlengah lagi, pada pagi yang cerah diterangi cahaya mentari yang kejinggaan ini, saya ingin berkongsi satu resepi yang mudah tetapi hebat iaitu `Egg Benedict'.




Resepi ini saya terjumpa selepas berjalan-jalan di alam maya. Terima kasih yang tak terhingga kepada Zurin di My Resepi atas resepi beliau yang sungguh sedap ini. Memetik kata-kata Zurin, "Hanya guna roti dan telur sahaja. Sgt senang, murah & berkhasiat untuk kanak2 dan dewasa" dan kata-kata itu sungguh benar belaka..... :)


Bahan-bahan

2 biji telur
2 keping roti putih
lada hitam - freshly cracked
Sedikit butter atau majerin
Garam
Sedikit keju Mozzarella (saya tambah)


Cara-cara

Potong tepi-tepi roti (kalau tak buang nanti hangit atau terbakar) dan butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.






Letakkan sekeping roti di dalam bekas.




Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.




Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam.



Taburkan sedikit cheese.



Bakar pada suhu 180 C selama 15-20 minit atau hingga telur putih masak dan telur kuning cair sedikit.


dalam oven


Dah dikeluarkan, panas!





Sangat mudah disediakan dan sangat sedap dimakan!

Wednesday, December 28, 2011

Places for Makan... Domino's Pizza (Cheese Burst Double Decker)

Kalau sebut tentang pizza, jenama paling dominan di Malaysia ni ada 2: Pizza Hut dan Domino's. Kalau tengok iklan di TV,  memang berlawan-lawan dua-dua pizza ni. Di kala Pizza Hut memperkenalkan Ultimate Cheesy Bites 7 Pizza, Domino's juga tidak mahu ketinggalan dengan pengenalan Pizza Cheese Burst Double Decker.




Semalam, Mr. Hubby ambil cuti sebab nak menguruskan macam-macam hal. Menjelang tengah hari, kami sekeluarga berada di Mid Valley Megamall untuk membeli kasut sekolah untuk Hasya. Then, Hasya kata yang dia nak makan pizza. Jadi kami terpaksa buat pilihan sama ada Ultimate Cheesy atau Cheese Burst.


Christmas Mazes at Mid Valley

Setelah melihat pro & cons,  kami akhirnya pilih untuk lunch di Domino's. Dan sudah tentunya, kami order set Cheese Burst Double Decker Pizza. Selain daripada pizza (saiz regular), set ini juga dilengkapi dengan 6 twisty bread, sekotak Crazy Chicken Crunchies, sebiji Chocolate Lava Cake dan 2 soft drinks.




Crazy Chicken Crunchies sampai dulu sebab nugget ayam ni kan appetizer. Saya dah 3-4 kali juga makan Crazy Chicken Crunchies ni. Dan, saya memang suka dengan rempah ratus perapan ayam ni. Kejap je boleh habis sekotak.







Pizza Cheese Burst Double Decker sampai tidak lama kemudian. Pizza ini memang rangup dohnya. Mozzarella dan Creamy Cheddar yang memenuhi pizza memang memuaskan hati apabila mengunyah pizza ini. Sungguh terasa cheezy. Kami pilih Beef Pepperoni sebagai topping pizza. Slice pertama tu memang tak terasa kenyang sebab sedap sangat!





Seterusnya adalah dessert iaitu Chocolate Lava Cake. sebiji kek comel ni, kalau boleh kongsilah berdua atau bertiga. Ini kerana kek ini terlalu manis! Jangan salah anggap, saya bukan kata tak sedap, cuma terlalu manis. Jadi, eloklah dikongsi supaya kita tak makan terlalu banyak gula. Masalahnya, susah nak berhenti menyuap kek ni, jadi kalau kongsi, kita akan dapat mengawal diri sendiri.





6 keping twisty bread sampai sewaktu kami dah habis makan pizza dan dah kenyang sangat-sangat. Jadi, saya minta waiter tu bungkuskan sahaja untuk bawa balik. Maaflah ye, tak sempat ambil gambar sebab Hasya jadikan kudapan semasa dalam kereta.


Khayra yg tidak dapat makan Cheesy Burst

Kesimpulannya, makan di Domino's ni memang sedap. Kalau nak makan di Domino's, anda kena check terlebih dahulu sama ada cawangan yang berdekatan tersebut ada sediakan meja makan atau tidak. FYI, Pizza Domino's lebih popular untuk dibawa pulang atau delivery bukannya makan di restoran. Cuma sesetengah cawangan sahaja yang boleh dine-in.  


Lain kali, saya akan cuba buat pizza sendiri... ;)

Tuesday, December 27, 2011

Step by Step... Butterscotch Blueberry Finger Buns

Semalam kami sekeluarga mengunjungi My Dad kat Paroi, NS. Sungguh lama kami tak balik NS. Kampung My Wan (orang nogori panggil nenek `wan' atau `uwan') kat Kuala Pilah lagilah dah lama kami tak bertandang. Kali nipun tak sempat nak balik ke Pilah, cuma sempat tengok My Dad kat Paroi je lah.

My Dad pun dah banyak kali tepon suruh balik. Yelah dia dah rindu nak tengok cucu. Akhir sekali dia jumpa Khayra ngan Hasya pun masa Khayra baru umur 2 hari. Dia umpan kami dengan durian dan rambutan. My Dad cakap dia ambik durian n rambutan kat rumah My Wan di Pilah.




Oleh yang demikian, kenalah balik juga walaupun Hasya tak berapa sihat (makin tak sihatlah nampaknya sebab akan pekena durian).

Tetiba je saya jadi buntu idea untuk bawa buah tangan untuk My Dad. Nak buat cheesecake, takde pulak stok cream cheese. Nak buat puding, asyik bawak puding je untuk My Dad.

Tetiba lagi, teringat Encik BM250 yang sedia berkhidmat pada bila-bila masa tu. Maka, apa lagi, belek resepilah nampaknya.



Untuk My Dad


Dari hari tu lagi dah bookmark blog Ros Jintan Manis. Macam-macam resepi Puan Ros ni cipta. Resepi roti dia pun banyak. Dalam banyak-banyak resepi tu, hati saya sangat terpaut dengan resepi Butterscotch Blueberry Finger Buns. Saya ni kalau dengar `blueberry' memang boleh ketar lutut juga sebab suka sangat dengan rasa blueberry tu.

Roti Butterscotch Blueberry Finger Buns dah la cantik jelita, sedap pulak tu. Dah la sedap, lembut dan gebu, awesome lagi! Kesimpulannya memang best bangatlah bun ni.



Resepi hebat ini dari Ros Jintan Manis yang terer meroti.


Bahan-bahan

370gram tepung roti (tepung high protein)
80gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
1 sudu kecil butterscotch@esen vanila (saya guna esen vanilla)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin (saya guna mentega)
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
160ml susu suam@air suam
4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver (saya letak bread improver)
1 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula

(untuk topping, sedikit blueberry filling yang dimasukkan dalam platik bersih dan gunting di hujung nya supaya senang untuk di jalurkan atas bun ini nanti)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)


Cara-caranya ( Doh Roti)

Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh skip steps yang berwarna biru di bawah. 


Semua bahan masuk dalam BM


Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.


Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit.




Selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan memanjang, susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.







Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.


Gliss permukaan bun dengan egg wash dan jalurkan dengan blueberry filling.




Dapat 21 ketul bun

Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang. (mungkin sebab bun saya kecik2, jadi saya bakar 11 minit je). Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya.


Dah siap!

My Dad sangat happy dengan Bun yang cantik tu. Saya pun happy sangat sebab dapat buat resepi yang best. Terima kasih sekali lagi buat Ros Jintan Manis!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...