Wednesday, November 30, 2011

Step by Step.. Ubi Kayu Goreng Berempah




Last Friday masa pergi pasar malam, ada terbeli 2 kilo ubi kayu. Konon kalau rajin tu bolehlah wat bingka ke, talam ke..

Malangnya, hari-hari pastu memanglah sangat malas. Lagipun tak rasa nak makan kuih-muih tradisional. Ingat nak rebus je la ubi kayu nih, tapi malas pulak nak wat sambal tumis ikan bilis untuk cicah. Semuanya malas!

Sebab malas dan mengelak ubi kayu daripada jadik kayu, saya ambik keputusan untuk goreng simple2 je lah ye.

Mari kita buat kudapan minum petang, Ubi Kayu Goreng Berempah.





Bahan-bahan

2 kg ubi kayu (buang kulit dan bersihkan)
1/2 paket serbuk rempah kari daging/ayam
1 - 2 sk garam (secukup rasa)


Cara Penyediaan

Potong kecil-kecil ubi kayu yang telah dibersihkan. Kemudiannya gaul ubi kayu tersebut dengan rempah kari dan garam.




Panaskan minyak dan goreng sehingga agak garing.






Tada, Dah siap pun! Sungguh simple kudapan hari ini. Meskipun simple, rasanya sungguh gebu, merdu dan berempah. Dinasihatkan supaya makan panas-panas. Sambung nanti pulak, saya nak makan dulu!



Tuesday, November 29, 2011

Step by Step... Blueberry Tiramisu

My sister cakap dia suka makan cheesecake. Saya pun offerlah untuk buatkan sebiji cheesecake untuk dia. Dia tanya, 'Cheesecake apa yang sedap?' Saya pun cakap, 'Pi la tengok kat dalam my blog, then pilih nak kek apa,'

Pastu, dia pun mulalah membelek2 life is colorful ni. Nak tahu dia pilih kek mana? Dalam banyak-banyak kek, dia nak rasa kek tiramisu (klik sini untuk resepi kek tiramisu perisa klasik). 






Saya pastu tanya ngan dia, 'Nak rasa tak blueberry tiramisu?' dia jawab,'boleh juga'. Maka bermulalah projek menderhaka kepada resepi tiramisu klasik. 

Khas untuk sesapa yang tak suka ngan kopi atau nescafe, atau ingin mencuba perisa kek tiramisu yang seterusnya, saya persembahkan `Blueberry Tiramisu'.

Taklah rasa berdosa sangat menderhaka kepada resepi Tiramisu yang ada aroma kopi tu, memandangkan ciri-ciri tiramisu yang masih kukuh iaitu penggunaan biskut `Ladyfingers' (Dalam bahasa itali: Savoiardi).




Saya ambil resepi ni daripada Dapur Azlita Masam Manis. Azlita punya blueberry tiramisu memang cantik sangat. Resepi ni Azlita ambil daripada Rabiatun.

Bahan-bahan




1 paket biskut tiramisu

Bahan untuk syrup
150 g blueberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising
sedikit parutan kulit lemon (saya tak letak)


Bahan Cream
250g cream cheese
125g whipped cream (saya guna whipping cream juga)
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted

Cara Penyediaan

Untuk syrup
Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.



Untuk cream 
Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika. Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati. Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.







Cara untuk melapis
Saya buat asing-asing dalam cawan sebab senang nak makan.
Letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Saya letak blueberry filling untuk topping.





Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan sejuk dalam 3-4 jam. Rasanya sungguh sedap, sama taraf dengan tiramisu klasik. Pasni derhakalah lagi, wat strawberry tiramisu pulak, kiwi pulak dan lagi dan lagi dan lagi...

Places for Jalan.. Ikea

Semalam cuti umum (Awal Muharam). My sister ngan hubby dia ada kat rumah saya saja2 jenjalan. My Mom dan My sister plan nak ke Ikea, Mutiara Damansara. Cadangan tersebut sungguh menawan kalbu. Saya pasti bukan saya sahaja, wanita-wanita sekalian memang suka kalau membuat lawatan ke Ikea!


Pintu Lif penuh kasih sayang yang menyambut kami

Oleh sebab wanita-wanita di rumah saya berhajat nak jamu mata di Ikea, maka Encik2 suami semua kenalah turut serta. Maka, dua orang bebudak kat rumah nipun kenalah window shopping juga.

Kami keluar pagi, lebih kurang jam 9 pagi. Kiranya antara golongan yang terawal jugalahkan. Almaklum Ikea buka jam 9.30 pagi.



Ikea memang selalu sale.. Kali ni pun macam2 item yang sale. Maklumlah tengah karnival membeli-belah, tambahan pula holiday season. Macam dah krismas je rumah-rumah contoh kat dalam Ikea ni.



Pinky Girl


Niat di hati nak makan kat foodcourt Ikea. Tapi, sebab masih pagi lagi dan perut masih kenyang, terpaksalah batalkan hasrat. Dah la ramai orang, Khayra pulak tetiba menangis. Oleh yang demikian, kena percepat dan pendekkan masa untuk jamu mata.



Apa-apapun, saya dapat beberapa item yang saya suka sangat dan suka bangat. Jeng.. Jeng.. Jeng.. Dapat loyang untuk wat Muffin dan loyang untuk buat pie. Hmmm nanti leh wat shepherd pie ke, apple pie ke, chicken pie ke... Tapi, bukan shepherd pie kot sebab saya tak suka sayur (ke patut guna perkataan `tak makan sayur'?).



Kepada sesiapa yang tak pernah pergi Ikea, apa salahnya pergi untuk bersiar-siar. Boleh mengkreatifkan fikiran. Alamatnya seperti di bawah:

Address:
No.2 Jalan PJU 7/2,
Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia



Map

Lain kali kita pergi lagi ye!

Monday, November 28, 2011

Step by Step... Ayam Goreng Rangup (My Mom's recipe)

Resepi hari ni saya belajar daripada My Mom. Simple je, ayam goreng je.. Tapi, saya buat Step by Step.. juga. Sebab blog ni bukan sahaja untuk berkongsi resepi tetapi juga sebagai buku resepi rujukan saya sendiri.




Ayam goreng rangup (My Mom's recipe) ni memang sedap. Dah ler sedap, rangup pulak tu. Kena makan panas-panas baru feel bila kunyah krapp.. krupp..krapp..krupp..

Mr. Hubby ngan Hasya pun suka ratah ayam ni. Mr. Hubby boleh ratah sekalipun dah sejuk. Walaupun krapp..kruppnya dah kurang bila sejuk, tapi peresapan bahan-bahan yang digaul  menjadikan ayam goreng ini tetap sedap.

Bahan-bahan

Setengah ekor ayam (dipotong 8, kalau suka besar sikit, potong le 6 je)




5 cm halia
5 cm kunyit hidup
2 ulas bawang putih

garam secukup rasa (1 - 1 setengah sk)



1 cawan tepung gandum
2 sb tepung jagung



Cara Penyediaan

1. Tumbuk atau kisar halia, kunyit dan bawang putih sehingga lumat.




2. Masukkan garam dan gaulkan ayam dengan bahan tumbuk tadi.




3. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dengan sudu hingga sebati.



4. Panaskan minyak. Golek-golekkan ayam ke dalam campuran tepung supaya ayam tersebut disaluti tepung.




5. Goreng ayam sehingga masak (berwarna keperangan).






6. Sedia untuk dihidang.

Ayam Goreng Rangup ini sesuai dimakan begitu sahaja, cicah dengan sos dan juga makan dengan nasi.





Saya makan dengan nasi dan kari daging. (resipi kari daging, klik sini). Terima kasih kepada My Mom.




Sunday, November 27, 2011

Step by Step.... Peach Mirror Pudding (for pudding lovers!)

Peach pudding hot, peach pudding cold,
Peach pudding in the pot - nine days old.
Some like it hot, some like it cold,
Some like it in the pot - nine days old.



Suka tak makan puding yang cantik2? Saya memang suka sangat! Lagi cantik, lagi rasa teruja nak makan.. Barulah naik selera..





Hari ni, mari kita belajar buat another puding cantik iaitu Puding Peach Mirror. Resipi asal daripada Tuntung15 di Myresipi.

Bahan-bahan

untuk lapisan bawah
300ml air
150ml peach juice
450ml susu segar
150gm gula (saya guna 120gm)
30gm instant jelly (saya guna jenama Nona)
40gm tepung custard
1/2 sudu teh rata garam
2 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla

Buah peach dipotong memanjang (saya tak potongpun, taruk slices yang dah dipotong dlm tin)

Untuk lapisan atas
650ml air + lebihan peace juice (jika ada)
60gm gula (kalau ada lebihan peace juice banyak kurangkan gula kepada 30 gm)
25gm instant jelly (saya guna 60 gm Nona jelly perisa oren)
Sedikit peach essence (tak letak)
2 titik pewarna lemon yellow (saya tak letak)

Cara penyediaan

lapisan bawah:

Dalam periuk, satukan semua bahan bawah, kacau sebati baru jerangkan atas api. Ini untuk mengelakkan adunan berbintil-bintil.






Sentiasa kacau adunan. Masak sehingga agak pekat. Tuangkan kedalam loyang/bekas yang disukai.




Masuk dalam peti sejuk. Biar adunan sejuk/keras, bolehlah aturkan buah peach.



lapisan atas:

Satukan semua bahan, masak sehingga mendidih.



Tuang kedalam mangkuk dessert perlahan-lahan. Kena tuang pelahan kerana dessert lembut takut nanti lapisan bawah pecah dan berselerak.


Cantikkan puding ni?

Bila dah sejuk, masukkan dalam peti ais. Enak dimakan sejuk.

Saturday, November 26, 2011

Places for makan: Restoran Saba (Cyberjaya)

Dah lama tak makan kat luar! Lebih tepat, lama betul tak keluar rumah.. Berpantang secara tradisional, bukan sahaja bermakna berpantang makan, tapi juga berpantang keluar berjalan-jalan.

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, hari ini Mr. Hubby takde apa-apa aktiviti pada sebelah petang. Maka, cadangan untuk makan kat luar adalah cadangan yang amat sesuai. Tapi di mana ye?




Tetiba je terlintas kat dalam minda, "Apa kata makan makanan Arab?" Jadi, saya pun cadanglah kat Mr. Hubby. Dia kata, "ok je". Jadi, tanpa berlengah, kami anak-beranak berserta dengan My Mom pun bersiap untuk ke Restoran Saba, di Cyberjaya




Sebelum ni dah ramai kengkawan dan sedara-mara yang suggest restoran ni. Ramai yang kata, makanan kat sini sedap-sedap. Ramai gak yang kata, restoran ni sentiasa ramai orang. FYI, Restoran ni mula beroperasi sejak Jun 2007.

Semua kata-kata kengkawan tu ada benarnya. Restoran ni memang sentiasa penuh dan makanannya juga sedap-sedap. Menunya ada pelbagai pilihan makanan.





Kami order masakan yang berlainan, jadi boleh cuba banyak masakan.

Berikut adalah pilihan kami:


Kabsah Lamb - Mr. Hubby


Kabsah Chicken- My Mom
  
Chicken Chop - Hasya

Kebab Chicken - saya

Watermelon, honey dew & pineapple juices

Restoran milik warga Yaman ini menepati citarasa kami sekeluarga. Cuma, portionnya agak banyak, sedangkan kami order saiz yang regular sahaja. Tak dapat kami bayangkan portionnya, kalau order saiz besar.


Mr. Hubby


Hasya makan kebab saya

My Mom

Harganya juga sederhana sahaja. Kalau anda mampu makan fast food, maka anda akan mampu bayar harga makanan di sini.

Ada banyak lagi pilihan makanan seperti AOUKDH, fasolya, mogalgal, tebsi, shawerma, dan kabsah.

Maka, anda tidak perlu ke Timur Tengah untuk mencuba makanan Arab, anda cuma perlu ke:

Saba Restaurant
4800 Suite 02 GRD Floor
CBD Perdana Cyberjaya
Tel: 03 - 83202544

Bon appetit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...