Monday, October 31, 2011

Belajar Jadi Romantik Part III (akhir)



Ini adalah siri terakhir tentang 'Bagaimana nak jadi romantik?"

21. Di tengah-tengah majlis yang anda berdua hadiri bersama, bisiklah ke telinga pasangan anda, "Kamu adalah yang terbaik." atau "Saya sungguh bertuah kerana mendapat kamu".

22. Melawat kembali tempat-tempat yang kamu berdua pernah melawat bersama dan ada kenangan-kenangan manis.

23. Berikan keyakinan kepada pasangan anda. Beritahu si dia apa yang kamu amat hargai tentang si dia, apa yang kamu suka tentang si dia dan yakinkan dia bahawa si dia adalah pasangan yang kamu cari selama ini.

24. Berpura-pura rumah anda putus bekalan letrik. Secara mengejut, pasang lilin untuk candlelight dinner.

25. Untuk terlebih romantik: Sembunyikan hadiah bersaiz kecil pada mana-mana bahgian tubuh anda. Kemudian kata kepada si dia, "I've got a gift for you, and it's hidden on me somewhere! Find it and it's yours!"

26. Sekiranya pergi bercuti, ambil kesempatan untuk menikmati keindahan matahari tenggelam (sunset) bersama-sama. Bawa sekali makanan seperti berpicnic.

27. Puji pasangan anda di hadapan orang lain. Ini akan membuatkan si dia berasa lebih istimewa. Tanya pada diri anda, bila kali terakhir anda beritahu kepada seseorang bahawa anda bertuah mendapat si dia sebagai pasangan?

28. Untuk terlebih romantik juga: Tulis dan cipta surat saman palsu, dan letakkan pada windshield wiper. Kesalahan-kesalahan yang si dia lakukan:

-Driving me crazy

-Leaving the scene of a love

-Tinggalkan rumah tanpa kata-kata `I love you'

29. Beri sesuatu yang disukai. Sekiranya si dia sukakan amat sukakan sesuatu contohnya `teddy bear', selitkan `teddy bear' kecil pada setiap hadiah yang diberikan. Contohnya, kalau nak beri perfume, kena bagi teddy bear yang amat kecil dan comel juga.

30. Pada hari jadi anak-anak anda, sediakan juga satu hadiah kecil untuk pasangan anda kerana si dia adalah ibu/bapa yang memberikan anak tersebut kepada anda. Tulis nota: Terima kasih.

Sekian sahaja daripada saya. Semoga menjadi individu yang romantik dapat meningkatkan kualiti hidup kita semua. Tak salah untuk gembirakan hati orang yang kita sayang... Adios.

Sunday, October 30, 2011

Belajar Jadi Romantik Part II

Entry ini adalah sambungan kepada entry semalam, tentang `Bagaimana nak jadi seorang yang romantik?"



Harus diingat, gender bukanlah alasan untuk tidak menjadi individu yang romantik. Sama ada perempuan atau lelaki, romantik adalah penting untuk kehidupan yang bahagia dan gembira sentiasa. Saya memetik quote daripada `The Beatles' yang dilakarkan pada dinding Hard Rock Cafe Niagara Falls:

"AND IN THE END, THE LOVE YOU TAKE IS EQUAL TO THE LOVE YOU MAKE"

Lelaki selalu ada alasan-alasan klasik yang amatlah sangap untuk tidak bersikap romantik. Diharap janganlah begitu, kerana kesangapan pasangan anda akan menjadikan anda tidak menarik pada mata si dia. Jauhilah mitos-mitos lagenda yang tidak ada benarnya seperti:

"Real Men Aren't Romantic" (alasan paling mitos)

"I'd like to, but I just don't have the time" (alasan sibuk dan pemalas)

"Maybe next week" (sikap bertangguh)

"Being romantic is going to cost me a fortune" (sikap berkira dan kedekut)

Berikut adalah tips-tips yang seterusnya:

11. Beli buku panduan mengenai bandar tempat anda tinggal. Lawatlah ke tempat2 yang belum pernah dilawati. (Anda boleh menggoogle untuk cara yang lebih jimat). Contohnya: Pernahkah anda melawat ke Taman Burung? Planetarium Negara? Pusat Sains Negara? Tempat-tempat ini mungkin tak berapa romantik, tapi dengan melawat tempat2 ini bersama pasangan anda, anda boleh mencipta suasana yang romantik.

12. Selepas mengucapkan `goodbye' (ketika nak pergi kerja atau mana2), toleh sekali lagi dan berikan ciuman dari jauh (blow a kiss/flying kiss).

13. Bawa balik sebotol scented massage oil sebagai hadiah. Beli yang aromanya boleh menimbulkan suasana romantik. You figure out the rest....

14. Telefon si dia semasa di tempat kerja semata-mata untuk mengucapkan `I love you'. Boleh juga gunakan istilah2 dalam pelbagai bahasa untuk panggilan-panggilan seterusnya seperti:

-Te amo (Spanish)

-Je t'aime (French)

-Ich liebe dich (German)

-Ai shite imasu (Japanese)

-Wo ai ni (Chinese)

-Nagligivaget (Eskimo)

-Aloha wau ia oe (Hawaiian)

-Jag alskar dig (Swedish)

15. Create perkara-perkara yang mengejutkan si dia. Contohnya dengan membeli tiket-tiket untuk ke konsert, theater, perlawanan bola atau cinema. Jangan beritahu si dia perancangan anda, cuma minta si dia untuk mengavailablekan dirinya semasa tarikh tersebut. Misteri mengenai surprise event ini akan mendatangkan mood gembira dan romantik kepada si dia.

16. Apabila bercakap dengan si dia, renung ke arah matanya, bukan sekadar memandang sekilas sahaja. One's eyes are a"window into one's soul".

17. Tanya pada si dia, makanan yang ingin dinikmati. Biarkan 2-3 hari atau sehingga dia lupa. Kemudian, masakkan makanan tersebut (jika tak pandai boleh google resipi atau beli di luar atau book restaurant yang digemari oleh si dia). The best ways to anyone's heart is through his or her stomach. Bon appetit!

18. Love is... kejutkan si dia bangun dengan sentuhan yang lembut dan ciuman selamat pagi.

19. Untuk wanita: Jangan memaksa si dia memilih anda atau hobinya (memancing, bola sepak, video games, kereta & sbgnya). If you can't beat 'em, join 'em. Sertai aktiviti2 yang si dia suka walaupun anda benci akan aktiviti tersebut.

20. Untuk suasana yang terlebih romantik:

-Tutup mata pasangan anda dengan kain (blindfold)

-Pimpin dia untuk duduk di meja makan.

-Suapkan dia dengan makanan-makanan lazat seperti ice-cream, cheese cake, coklat Hershey, strawberry, Yogurt dan biskut coklat.


Akhir kata:

"The Essence of Romance is Communication"

Saturday, October 29, 2011

Belajar Jadi Romantik Part I


Entry kali ni saya bahagikan kepada tiga part. Kali ini tips tentang `Bagaimana Nak Jadi Romantik'.

Saya ingin mulakan entry ini dengan petikan quote daripada filem 'Notting Hill' yang saya rasakan quote dalam filem yang paling romantik sepanjang zaman.

William: I live in Notting Hill. You live in Beverly Hills. Everyone in the world knows who you are, my mother has trouble remembering my name.

Anna Scott: After all... I'm just a girl, standing in front of a boy, asking him to love her.



1. Kenapa perlu romantik?
`It will improve the quality of your life'.




2. Jadilah pendengar yang baik. Dengar menggunakan telinga, fikiran dan hati. Dengar `maksud' yang disampaikan oleh perbuatan. Dengar mesej yang disampaikan menerusi kata-kata.

3. Overdo something. Contohnya, kalau pasangan anda suka coklat Hershey, belikan dia 2-3 bungkus coklat tersebut.

4. Serenade her. Nyanyikan kepada pasangan anda lagu cinta atau lagu yang anda dedikasikan kepada dia. Anda tidak memerlukan suara yang merdu sebaliknya keikhlasan adalah keutamaan dalam perkara ini.

5. Tulis surat cinta. Tulis puisi cinta atau lagu cinta buat pasangan.

6. Buat senarai perkara-perkara yang disukai oleh si dia. Sekurang-kurangnya 10 perkara.

7. Membuat kad ucapan sendiri. (Home-made cards are extra special) - Your partner is with you not because you're Picasso but because you're you).

8. Sembunyikan nota-nota cinta (contohnya yang ditulis pada post-it) dan small gifts:
-bawah bantal
-dalam kabinet
-dlm peti sejuk
-dalam beg duit si dia
-bawah pinggan makan si dia

9. Wujudkan satu `Balang Idea Romantik'
Dalam balang itu tulis 100 idea-idea romantik setiap satu dalam sekeping kertas kecil. Lipat kertas tersebut. Setiap minggu secara bergilir-gilir antara anda dan pasangan, cabut secara rawak idea dalam balang tersebut untuk dilaksanakan. Contoh idea:
-makan malam di restoran kegemaran
-menaiki cruise di Putrajaya
- sight seeing di i-City
-menikmati ice-cream di kedai ice-cream kegemaran
-menonton wayang
-karaoke di Red Box dan sebagainya.




10. Perempuan suka jika mendapat bunga (perlu diingat: Men like flowers, too)
Different colored roses have different meanings:
Red=Passion
Pink=Friendship
Yellow=Respect
White=Purity
Jika beri bunga Matahari kepada pasangan, sertakan nota yang bertulis: "You are the sunshine of my life".

Akhir kata, tanyalah pada diri kita:
"If your relationship were a painting, what would it look like?"


Bersambung dalam Part II...

Friday, October 28, 2011

Puding Roti bersos Kastard







Kalau kita makan buffet di hotel, selalunya pasti ada `puding roti dgn sos kastard' dalam senarai desserts. Apa kata kita belajar buat sendiri? Lagi best sebab boleh makan bila2 dan boleh tambah bahan2 sesuka hati kita.

Selepas menggogle beberapa resipi `Puding Roti', sayapun cubalah menghasilkan `puding roti' hasil tangan sendiri. Kebetulan parents ada di rumah, jadi bertambah `tukang makan' di rumah ni. Tak adalah perlu simpan dessert hingga berhari-hari. Lagipun, kalau parents takde, my hubby takde pesaing untuk makan makanan-makanan eksperimen saya nih hehehe...


Bahan-bahannya

A
8 keping roti Gardenia
Susu segar 500ml (saya guna fresh milk jenama Dutch Lady)


B
2 sudu besar mentega dan cairkan atas api (saya guna farmcows)
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
2-3 sudu besar kismis (ikut suka)
sedikit kepingan badam untuk ditabur di atas puding



C (sos kastard)

1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard


Cara membuatnya

Koyak roti dan rendam dengan susu segar selama 30 minit.

Bahan B (kecuali kismis dan badam) kacau dan gaulkan hingga sebati dan kemudian tuang ke atas roti yg direndam tadi. Kemudian taburkan kismis dan badam atas adunan tadi.

Bakar selama 30 minit atau sehingga masak, api 180 darjah celcius (saya bakar dalam 28 minit sahaja sebab dah masak).

Kuah kastard, cuma campurkan Bahan C dan masak atas api sederhana hingga agak pekat. Tuangkan ke atas puding roti tadi apabila nak makan. Boleh dimakan semasa panas ataupun sejuk. Saya suka yg panas.

Selamat mencuba.

Friday, October 21, 2011

Japanese Cheesecake with Blueberry Topping untuk Mama



Hari ini Oct 21 adalah Hari Ulang Tahun ibu saya.


Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, pada hari jadi ibu saya tahun ini saya tak dapat keluar rumah kerana sedang berpantang. Jadi, saya tak dapat nak belikan apa-apa hadiah untuk ibu saya. Fikir punya fikir, sayapun mula meninjau bahan-bahan untuk membuat kek. Saya terfikir, 'Apa salahnya kalau saya buat sebiji kek hari jadi untuk ibu?'


Maka, walaupun sedang berpantang pada hari yang ke-12, saya beritahu kepada ibu saya yang saya akan buat cheesecake sempena hari jadi beliau yang ke-63. Mengambil masa lebih kurang 2 jam (termasuk meng`water bath' kan kek selama sejam 10 minit), my signature `Japanese Cheesecake with Blueberry Topping' siap untuk ibu tersayang.


Saya memanggil ibu saya, `Mak' dan saya menggelarkan diri saya 'Mama' kepada anak-anak saya. FYI, `Mama' adalah sebutan yang paling familiar bagi seorang ibu di seluruh dunia. Sebagai contoh:




Mama, Ma, Mami bagi bahasa Sepanyol (Spanish)
Mummy, Mum bagi UK, Canada, Australia
Mama bagi German, Russia, Slovak, Polish
Ma, Mam, Mammy bagi Belanda, Ireland, Wales
Mama bagi Chinese
Mamma bagi Swedish dan Italy
Mama bagi Czech, Ukranian


Ibu saya sangat gembira dengan kek yang saya buat. Bukan kerana rasanya (walaupun saya tahu memang sedap hehehe) tetapi kerana kek tersebut adalah lambang kasih sayang daripada saya untuk dia. Semoga salah seorang gegirl saya boleh buatkan saya kek, pada hari jadi saya nanti. Takpun beli kek di Secret Recipe pun jadilah....

Selamat hari jadi kepada ibu saya!

Monday, October 3, 2011

Kek Coklat Moist



Minggu ni terasa pulak nak makan kek coklat. Memandangkan kekadang beli kek tu macam tak cukup moist, jadi baik buat sendiri. Maka, saya pun menggoogle2 laman-laman sesawang yang menampilkan pelbagai resipi kek coklat moist. Dan, hati saya terpaut pada salah satu resipi. Apabila ditelek-telek, bahan2 yang digunakan kebetulan ada dalam stok. Jadi, proceed jelah resipi kek coklat moist nih..

Yang bestnya, kek ini takde guna mentega/majerin.



Bahan-bahan yang diperlukan:


2 biji telur

1 cawan minyak masak

1 cawan gula halus

1 cawan gula perang


Bahan A

1 sudu kecil kecil vanilla esen

1 1/2 cawan susu segar perisa coklat

1/2 cawan air campur dengan 2 sudu kecil nescafe


Bahan B

2 sudu kecil sodium bicarbonate

1 sudu kecil baking powder

1/2 cawan serbuk koko

2 cawan tepung gandum


Cara-caranya:

1. Pukul telur hingga kembang

2. Masukkan gula dan pukul lagi

3. Masukkan minyak masak

4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Selang selikan dengan bahan A. Gaul hingga sebati.

Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 1 jam atau sehingga masak.


Untuk topping yg menambahkan moist:

1/2 cawan serbuk koko (saya pakai van houten)
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Masukkan semua bahan dalam periuk kecil dan panaskan dengan api kecil sampai sebati dan boleh dituang ke atas kek.

Kemudiannya terpulang kepada kreativiti masing2. Boleh letak potongan strawberry. Saya tabur badam cincang yang telah dibakar memandangkan stok badam yang banyak...

Kek ini memang moist jika dikeluarkan dari peti sejuk lebih awal kerana coklat di atasnya agak beku kalau dimakan terus dari peti sejuk.

Selamat mencuba.... :)

Sunday, October 2, 2011

Cheezy Hotdog


Hari ni kita kongsi resipi. Pagi-pagi hujung minggu ni memang sesuai kalau makan pastry. Jadi, apa kata kita makan Cheezy Hotdog. Resipi ini amat mudah dibuat. Bahan-bahannya boleh dibeli di Carrefour, Giant atau mana-mana pasaraya lain. Anda cuma perlukan:

Sebungkus Puff Pastry Square (jenama kawan)

Sebungkus Hotdog/Frankfurter

dan Keju keping



 
Cara penyediaan:

Letakkan sekeping keju di atas sekeping Puff Pastry. Kemudian letak sekeping hotdog/frankfurter atas kepingan keju tadi. Lepas tu gulung. Matikan gulungan tersebut dengan menekan sambungan Puff Pastry tadi supaya apabila dibakar, cheese di dalam Puff tadi taklah meleleh keluar.

Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180 darjah sehingga luar Puff berwarna golden brown. Jangan sampai hangit sudahlah.

Ini adalah hasilnya apabila dipotong dan digigit. Cheese tadi cair dan melimpah-ruah. Sumber protein yang baik untuk kita semua :)

 
Jika suka, boleh tambah sedikit sos cili atau mayonis dan tambah di atas hotdog sebelum menggulung pastry. Terpulang kepada kreativiti dan citarasa anda.
 
Selamat bersarapan, minum petang dan menjamu selera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...