Thursday, August 25, 2011

Huh! Kenapa Saya Beli?



Lagi dekat nak raya, lagi hebat promosi yang diadakan di seluruh negara. Sale sana, Sale sini... Tentu anda semua perasan yang kebanyakkan baju raya dah mula diturunkan harga sejak dari minggu lepas. Almaklum masuk minggu ke-3 berpuasa, ramai yang sudah membeli baju raya masing-masing.


Minggu ini, tentu diskaun yang diberikan oleh peniaga-peniaga akan bertambah. daripada 20%, boleh jadi 40%. Menjelang sehari dua nak raya, diskaun boleh mencecah ke 70%!


Maka, kita semua yang dah beli baju raya awal-awal tadi akan rasa tergugat untuk membeli lagi baju raya yang mengalami harga runtuh tersebut. Mulalah terdetik dalm hati "apa salahnya beli, baju kurungkan boleh buat pakai ke opis, bukan sekadar untuk berhari raya,"


Maka, jadilah kita insan-insan yang sentiasa tak cukup duit selepas beraya sakan. Nak jimat kononnya, tapi kadang-kala kita tak sedar yang kita telah melakukan pembaziran.


Selain daripada taktik "harga runtuh", peniaga juga sering menggunakan taktik perbandingan. Contohnya, kalau anda sedang mencari sepasang kurung biru. Maka jadilah dialog seperti di bawah:


Salesgirl: Boleh saya bantu Cik?

Emilia: Oh, saya sedang mencari baju kurung warna biru turqoise.

Salesgirl: Di sini ada sepasang yang new arrival. Hah, ini dia. Cantikkan?

Emilia: Cantik. Berapa harganya?

Salesgirl: RM450 sahaja. Pembelian di atas RM200 akan dapat hadiah brooch.

Emilia: Oh, agak melebihi bajet sayalah. Yang murah sedikit ada?

Salesgirl: Tak mengapa Cik. Kita ada banyak lagi pilihan. Ha, yang ini juga kurung turquoise. Harganya RM250 sahaja. Ada diskaun 10% lagi.

Emilia: Cantik juga, baiklah saya ambil yang ini.


Begitulah yang berlaku. Ini adalah taktik "Perbandingan". Pada permulaannya salesgirl tersebut menunjukkan baju yang mahal. Apabila Cik Emilia menyatakan bajetnya tidak sampai harga tersebut, salesgirl tadi terus saja menawarkan baju kurung yang harganya separuh daripada baju sebelumnya.

Akibatnya, Cik Emilia terpengaruh untuk membeli tanpa membuat perbandingan harga di kedai-kedai yang lain.

Tentu anda juga sering ditanya oleh peniaga," Berapa bajet?" Dan apabila anda jawab RM200, maka tak adalah dia tunjuk barang yang harga RM50 atau RM100. Tapi dia tunjuk yang RM220 atau RM199.

Siapalah yang nak rugi? Semua orang mau untung.. Jadi, kenapa beli baju yang tak best tu ye?

Tuesday, August 16, 2011

Macaron! Life is sweet...



First time dengar pasal sweet confectionery ni adalah daripada Mona, ex-classmate yang sangat pandai memasak dan membaking. Warna-warni indah Macaron membuatkan saya tertanya-tanya, apa istimewanya manisan yang satu ni? Memandangkan juga, saya tidak terserempak dengan mana-mana bakery yang menjual Macaron, jadi saya mengambil keputusan untuk membaking sendiri manisan yang comel ni.

Macaron berwarna pastel

Seterusnya, saya mula menggoogle mencari-cari 5W 1H tentang Macaron. Menurut Wikipedia, perkataan "Macaron" ini berasal daripada perkataan Itali iaitu "maccarone" atau "maccherone". Confection yang berasal dari French ini rasanya amatlah manis. Justeru, kepada sesiapa yang tidak suka makanan yang manis, anda mungkin tidak akan suka dengan manisan ini.

 
Apa rasanya?




Macaron ni agak rangup di luar dan chewy di dalam. Apabila digigit, kerapuhan di luarnya akan memecahkan kulitnya. Apabila dikunyah, anda akan rasa chewy. Di tengah-tengah Macaron akan diletakkan intinya. Perisa inti adalah terpulang kepada penggemar atau pembaking Macaron ini sendiri. Kalau suka coklat, boleh letak coklat. Ada yang suka vanilla, buttercream, kelapa dan perisa-perisa jem seperti raspberry, strawberry.


Saiz

Jangan terkejut sebab Macaron ni sebenarnya bersaiz yang kecil amat. Tengok dalam gambar macam besar je kan. Saiznya lebih kurang duit syiling 20-50 sen. Masa nak piping biskut ni atas grease paper, saya pipingkan dengan saiz syiling 2 kupang je. Jadi memang kecik dan sekali ngap je. Justeru, harga yang dijual dibakery agak mahal kerana saiznya kecil dan tidak kenyang dimakan :D




Suka tak?

Anak saya sangat suka dengan cookies ni. Dah 2 hari dia bawa Macaron sebagai bekal ke rumah babysitter. Saya? Biasa-biasa je kot. Sebabnya, Macaron ni manis sangat. Sekali-sekala bolehlah makan. Mungkin sedap kalau makan Macaron sambil minum kopi atau teh. Maklumlah sekarang ni bulan posa, jadi tak dapat nak ber teatime. Yang saya paling suka, Macaron ni cantik. Berwarna-warni. Nak buat pun tak susah. Tak pakai banyak bahan. Bahan-bahannya seperti di bawah:

1 cup castor sugar
3/4 almond flour
2 large white eggs
pinch of cream of tartar
1/4 icing sugar
& filling

untuk filling saya letak Nuttella, yummy!

Thursday, August 4, 2011

Patutlah sedap je makan kek lapis :P





Mesti ramai dah tahu yang Mentega Golden Churn dari New Zealand disahkan tidak halal. Pada 2 Ogos 2011, JAKIM telah mengesahkan mentega ini tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Untuk makluman, ramai pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega jenis ini. Kek lapis yang dihasilkan menggunakan mentega ini terbukti sedap, moist dan berkrim. Pastinya, ramai di antara kita pernah merasanya meski sekalipun tidak pernah terbang ke Kuching, Sarawak.
 
Ini adalah kerana, kita ada ramai rakan-rakan dan saudara-mara yang pernah ke Sarawak dan akan membeli kek-kek lapis sebagai buah tangan. Saya sendiripun, sekiranya ke Kuching, pasti akan membeli sekotak besar kek lapis sebagai cenderahati dan cenderakasih kepada kaum keluarga dan sahabat-handai.
 
Maka, bersama-samalah kita sebelum ini merasai kenikmatan kek lapis Sarawak yang dibeli sama ada di Pasar Satok, di kedai-kedai berdekatan Waterfront ataupun di kilang tempat menjual kek lapis di seberang sungai. Malah, untuk mendapatkan variety kek lapis yang lazat, saya pernah mengikut jalan darat dan juga menaiki bot untuk ke seberang sungai. Semangat sungguh untuk mendapatkan kek lapis yang lazat ini.

Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan bahawa pengusaha kek lapis yang menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter disaran memusnahkan stok mereka dan menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak sebelum menghasilkan semula kek berkenaan untuk dipasarkan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) berkata menyamak adalah wajib kepada 400 pengusaha kek lapis Sarawak kerana mentega jenama berkenaan antara yang popular serta paling banyak digunakan bagi menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan.

Diharap, mentega gantian selepas ini dapat menghasilkan kek lapis yang tetap sedap dan dapat disimpan lama. Apa-apapun, patutlah sedap semacam je, saya makan kek lapis yang dibeli di Sarawak! :D
 

Tuesday, August 2, 2011

Nikmatnya berpuasa di negara sendiri!

Tahun ke-2 beraya di US - bersama hubby tersayang

Semalam baru sahaja umat Islam di Malaysia menyambut 1 Ramadhan dan melaksanakan ibadah puasa pada hari pertama.

Pada pagi 2 Ramadhan ni saya ingin sekali mengimbau kenangan 2 tahun lepas berpuasa di rantau orang dan betapanya saya bersyukur kerana dapat melaksanakan ibadah puasa di negara sendiri pada tahun ini.
 
Setelah sehari menjalani ibadah puasa di rumah sendiri, pejabat sendiri dan negara sendiri, barulah dapat saya rasa betapa sunyi, sepi dan hilangnya jiwa saya selama 2 tahun di United States.
 
Berikut adalah perkara-perkara menyedihkan sekiranya anda berpuasa dan beraya di negara orang. Especially jika Islam bukan agama dominan di negara tersebut tetapi hanya agama pilihan dan minoriti:

 
1. Tidak dapat mendengar azan maghrib yang mana kita tunggu-tunggu untuk berbuka puasa. Meskipun di US ada masjid, tapi azan hanya berkumandang di dalam masjid dan tidak kedengaran di luar masjid.

2. Tidak ada Bazar Ramadhan jadi kurang meriah untuk memilih juadah yang berwarna-warni dan bermacam rasa. Bukan sahaja Bazar Ramadhan, pasar malampun takde. Takde peluang bersesak-sesak di Bazar Ramadhan.
 
3. Sukar dapatkan makanan halal kalau adapun terhad. Nasib baik masjid di kawasan kami tinggal ada dijual ayam/daging halal. Tapi hari-hari kena berfikir nak masak apa @ kena masak sendiri sampai boring. Di Walmart pula cuma ada ikan tilapia dan catfish.
 
4. Terpaksa berpuka puasa di dalam kelas. Saya ada kelas malam setiap Isnin, jadi tengah-tengah lecture, kenalah berbuka puasa. Juga terpaksa menonton rakan-rakan sekelas makan dari semasa ke semasa sebab diorang tak tahupun saya berpuasa.

5. Tak dapat nak makan style buffet ramadhan. Mana nak cari buffet ramadhan! :P

6. Takde sapa offer jual biskut raya atau kerepek. Jadi kena buat sendiri biskut raya! Pengalaman hidup miskin di rantau orang menyebabkan saya dan hubby berjaya membuat sendiri biskut almond london, biskut conflakes, beberapa jenis kek dan tempeyek. Terima kasih kepada blog-blog resipi di Internet yang banyak membantu kami.

7. Takde peluang shopping raya sale. 2 tahun di US, 2 tahun tak pakai baju raya baru. Pakai baju kurung yang dibawa masa mula-mula datang US. Pada tahun ke-2, anak saya takde baju raya (kena pakai gaun) sebab baju kurung dia dah singkat hehehe. Hubby raya tahun ke-2 tak nak pakai baju melayu sebab bawak selai je (dah pakai tahun sebelumnya).

8. Tak dapat beraya di rumah ibu bapa. Ini yang paling sedih. Mana taknya, terpaksalah beraya ngan kengkawan je. Pagi raya cium tangan hubby je. Hubby nak cium tangan sapa ye? Pepagi pergi masjid sebab nak berkumpul sesama Islam, lepas tu pergi rumah kengkawan je huhuhu.

9. Tak dapat makan lemang, ketupat dan rendang masakan ibu. Huhuhuhuhu, tak pasal-pasal kena buat sendiri rendang. Ketupat nasi nasib baik ada jual kat Asian Store, itulah jadi pengubat duka.

10. Duit raya? Kesian ngan anak, dapatlah sikit je duit raya. Kalau kat Malaysia mesti berkepuk-kepuk dapat duit raya. Hasya (my daughter) lagi ingat sambutan Halloween dari Hari raya. Mana taknya, Halloween pergi lebih 20 rumah n kutip coklat & candy!

11. Banyak lagi kalau nak ditulis, tak dapat dengar lagu raya, tak dapat dengar mercun raya, takde bunga api dan sebagainya.... Banyak sangat kekurangannya. Adios.....

tahun pertama beraya di Fayetteville - bersama rakan-rakan di masjid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...