Monday, December 19, 2011

Places for Makan... T.G.I. Friday's



Salah satu rangkaian American restaurant yang sangat popular di seluruh dunia (lupakan sekejap KFC dan MCDonald's sbb saya bukan cakap tentang fast food) adalah TGI Fridays. Kalau di US tu, memang merata-rata restoran ni. Senang nak cari, seperti mana senangnya nak cari KFC.

TGIF yang pertama dibuka di New York City pada March 15, 1965. Tapi kalau nak makan di US tu memang lah was-was sungguh. Sebabnya, kaedah masakannya selalunya ditambah dengan alkohol. Di TGIF, memang popular dengan sos jenama Jack Daniel!

Memandangkan makanan-makanan American nih banyak yang sedap dan hingga menjilat jari, TGI Friday's mengorak langkah memperluaskan perniagaannya ke seluruh dunia. Tidak sekadar mensasarkan negara-negara Barat, anda turut boleh menemui rangkaian TGI Friday's di Asia Barat seperti di Mesir.


In here, It's always Friday

FYI, bermula tahun ini, Chaswood Resources, pengendali restoran keluarga ala Amerika, TGI Friday’s mengambil keputusan mengubah suai semua menu serta menggunakan sos sama seperti rangkaiannya di Asia Barat bagi menarik perhatian pelanggan di negara ini, terutama beragama Islam.

Menurut Andrew Reddy (Pengarah Urusan), semua daging dan ayam dibeli daripada pengedar yang mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), malah beliau mengunjungi pusat penyembelihan bagi memastikan ia mematuhi peraturan ditetapkan.

Katanya, langkah berkenaan akan meningkatkan keyakinan pelanggan Muslim untuk menjamu selera di semua 12 restoran TGI Friday’s di seluruh negara tanpa was-was.
 
Kini Chaswood Resources memberi tumpuan untuk membuka cawangan terbaru di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya, pada Mac depan dan ia dijangka menjadi restoran TGI Friday’s pertama mendapat sijil halal (petik daripada Harian Metro. sila klik sini untuk baca berita penuh).


TGIF Alamanda

Maka, hari ini saya nak beri promosi percuma untuk restoran TGI Friday's Alamanda, Putrajaya.

Pertamanya, kalau anda nak merasa American Steak, anda memang patut ke TGIF. Pilihannya sungguh banyak. Saya suka sangat dengan Tennessee New York Strip & Shrimp.




Tapi hari ni saya nak makan ribs. Saya order ribs sebab terpengaruh dengan iklannya yang menawan selera "Best Ribs Ever". Ada tiga pilihan sos baru iaitu Championship BBQ Sauce, Tropical Spiced Sauce dan Mustard Herb BBQ Sauce. Saya pilih Championship BBQ Sauce sebab waiter TGIF kata, sos tu yang paling ramai pelanggan order.


Ribs yang saya order

Mr. Hubby order Ribeye Steak iaitu steak 10 ounces yang juicy dan tender.


Mr. Hubby punya



Hasya order daripada Kid's Menu. Dia makan Spaghetti Marinara dengan watermelon juice.


Hungry Kids? Ya, betul tu!


Khayra, cian dia, lum ada gigi. Tengok jelah ye. Huhuhu.




Restoran yang di Alamanda ni memang sesuai kalau bawa keluarga. Tak macam yang kat Sunway Pyramid, macam nak berparty je TGIF nya. Hiasan dalaman TGIF  di Alamanda ni pun cantik. Tempat duduk pun selesa. High chairs untuk baby dan toddler pun ada disediakan.


Mr. Hubby berlatar belakangkan Marilyn Monroe


FYI juga, TGIF tu adalah singkatan daripada Thank God It's Friday's atau Thank Goodness It's Friday. Tapi hari ni bukan hari Jumaatlah. Tapi kan, kalau hari-hari memang hari Jumaat best juga. Lagi-lagilah kalau Mr. Hubby nak belanja kat TGI Fridays setiap weekend. :D


We need more Fridays!

Akhir kata, eating out satu family memang merapatkan hubungan kekeluargaan. Saya sudahi dengan alamat TGI Friday's di Alamanda:


Lot P05, Plaza Level, The Hub,
Alamanda Shopping Centre, Precint 1,
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya.

2 comments:

J.Syazwana said...

Baru mkn ahad lepas. Sedapppp! Tapi nape tak padan marylin tu. Wuwuuuu

weezana said...

Haha.. dia segan nak pandang.. TGIF memang sedap:) cuma tak leh makan selalu, mahal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...