Tuesday, December 27, 2011

Places for Makan.. Johnny's Restaurant

Thai Steamboat Set B

Suka makan steamboat? Kalau suka, apa salahnya kalau anda cuba makan steamboat kat Johnny's Restaurant. Di seluruh negara, Johnny's mempunyai 19 cawangan yang menawarkan pilihan menu yang sama pada setiap cawangan tersebut. Maksudnya, kalau saya makan Papaya Salad di Johnny's Bukit Bintang, anda juga boleh makan Papaya Salad yang sama rasanya di Johnny's Bandar Baru Permas Jaya, JB.

Walau bagaimanapun, Johnny's belum melebarkan perniagaannya di Sabah dan Sarawak. Jadi, kengkawan di Malaysia Timur terpaksalah naik belon ke Semenanjung ye kalau nak merasa Papaya Salad yang sama.




Cuti Krismas tahun ni, kami tidak dapat nak pulang ke Kedah kerana kesibukan Mr. Hubby yang ada kelas pada pepagi Krismas. Oleh itu, pada sebelah petang, kami ambil kesempatan untuk keluar bersiar di Alamanda, Putrajaya (Mall kegemaran kami).





Maka, sebagai santapan makan malam, kami makan di Johnny's Alamanda. Menu pilihan kami adalah Thai Steamboat Set B yang berharga RM29.90. Cukuplah untuk kami 3 orang makan. Kalau Khayra dah boleh makan steamboat, kami kenalah order yang set C pula.



Kami ambil set sebab malas nak belek satu-satu pilihan steamboat. Sebenarnya ada banyak sangat pilihan dengan harga yang berlainan.

Selain daripada set steamboat tersebut, Mr. Hubby juga order Papaya Salad aka Somtam kegemarannya. Dia kata, Papaya Salad Johnny's memang cukup rasa: Pedas, manis, masam semua ada!

Mr. Hubby sedang mengorder

Papaya Salad aka Somtam

Saya cakap ngan Mr. Hubby, "Nak cuba Nasi Goreng Belacan tak?" Mr. Hubby angguk je tanda setuju. Nasi Goreng Belacan di Johnny's ni memang awesome, sedap sangat! Kebelacanannya sungguh terasa pada setiap kunyahan hehehe...


Nasi Goreng Belacan yang awesome!

Harga minuman di Johnny's tidak semahal harga minuman di kebanyakkan restoran-restoran yang lain di Alamanda ni. Mr. Hubby order Pineapple Juice, saya order Orange Juice dan Hasya pula kena minum Milo panas sebab dia batuk dan tak berapa sihat.


Hasya tetap ceria, meskipun tak berapa sihat.


Walau bagaimanapun, steamboat tu memang biasa-biasa je. Yang best dan luar biasa (tapi takde la luar biasa sangat) cuma si Enokitake (榎茸, エノキタケ) atau juga dikenali sebagai cendawan Enoki. Mr. hubby suka makan Enoki.

Enokitake@ Enoki

Enoki sedang dimasukkan ke dlm periuk
sudah masak

Kalau nak makan steamboat, kami lagi suka yang kat Seoul Garden. Nanti kalau saya pergi, saya buat review ye. Kalau ke Johnny's lagi selepas ni, kami mungkin tak makan steamboat tapi makan ala carte masakan-masakan lain.



Kalau nak cari cawangan-cawangan Johnny's, sila klik link di bawah:


Jumpa lagi!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...