Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha!



Hasya dengan Cousin
6 Nov 2011, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha atau juga mesra dipanggil Hari Raya Korban. Bila balik ke kampung, tentunya kita semua tercari-cari makanan wajib hari raya iaitu ketupat.

Oleh kerana kampung saya di Sungai Petani, Kedah, maka ibu saya pasti akan menyediakan Ketupat Palas (aka Ketupat Pulut).


Ketupat Palas popular bagi penduduk-penduduk Malaysia di Utara Semenanjung, manakala Ketupat Nasi pula dibuat oleh penduduk-penduduk di bahagian-bahagian lain di Semenanjung Malaysia.





Ketupat palas ini berbentuk segitiga dan menggunakan beras pulut. Ketupat ini mempunyai jantina iaitu jantan atau betina bergantung kepada kekemasan lipatannya. Ibu saya selalunya akan mengukus ketupat ini. Ada sesetengah orang menggunakan kaedah rebus. Ada juga yang meletakkan bahan-bahan tambahan dalam membuat ketupat ini. Contohnya meletakkan jagung. Tapi kami sekeluarga lebih sukakan yang original, tak perlu letak bahan-bahan tambahan.



Ketupat palas sedap dimakan dengan rendang ayam atau rendang daging. Untuk sarapan pagi, Hasya dan bersedia untuk makan dua biji ketupat palas dengan rendang daging. Bon appetit!

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk seluruh kaum keluarga, sahabat-handai dan umat Islam di seluruh dunia. Hari Raya Korban adalah hari kemenangan untuk kita semua!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...