Monday, October 31, 2011

Belajar Jadi Romantik Part III (akhir)



Ini adalah siri terakhir tentang 'Bagaimana nak jadi romantik?"

21. Di tengah-tengah majlis yang anda berdua hadiri bersama, bisiklah ke telinga pasangan anda, "Kamu adalah yang terbaik." atau "Saya sungguh bertuah kerana mendapat kamu".

22. Melawat kembali tempat-tempat yang kamu berdua pernah melawat bersama dan ada kenangan-kenangan manis.

23. Berikan keyakinan kepada pasangan anda. Beritahu si dia apa yang kamu amat hargai tentang si dia, apa yang kamu suka tentang si dia dan yakinkan dia bahawa si dia adalah pasangan yang kamu cari selama ini.

24. Berpura-pura rumah anda putus bekalan letrik. Secara mengejut, pasang lilin untuk candlelight dinner.

25. Untuk terlebih romantik: Sembunyikan hadiah bersaiz kecil pada mana-mana bahgian tubuh anda. Kemudian kata kepada si dia, "I've got a gift for you, and it's hidden on me somewhere! Find it and it's yours!"

26. Sekiranya pergi bercuti, ambil kesempatan untuk menikmati keindahan matahari tenggelam (sunset) bersama-sama. Bawa sekali makanan seperti berpicnic.

27. Puji pasangan anda di hadapan orang lain. Ini akan membuatkan si dia berasa lebih istimewa. Tanya pada diri anda, bila kali terakhir anda beritahu kepada seseorang bahawa anda bertuah mendapat si dia sebagai pasangan?

28. Untuk terlebih romantik juga: Tulis dan cipta surat saman palsu, dan letakkan pada windshield wiper. Kesalahan-kesalahan yang si dia lakukan:

-Driving me crazy

-Leaving the scene of a love

-Tinggalkan rumah tanpa kata-kata `I love you'

29. Beri sesuatu yang disukai. Sekiranya si dia sukakan amat sukakan sesuatu contohnya `teddy bear', selitkan `teddy bear' kecil pada setiap hadiah yang diberikan. Contohnya, kalau nak beri perfume, kena bagi teddy bear yang amat kecil dan comel juga.

30. Pada hari jadi anak-anak anda, sediakan juga satu hadiah kecil untuk pasangan anda kerana si dia adalah ibu/bapa yang memberikan anak tersebut kepada anda. Tulis nota: Terima kasih.

Sekian sahaja daripada saya. Semoga menjadi individu yang romantik dapat meningkatkan kualiti hidup kita semua. Tak salah untuk gembirakan hati orang yang kita sayang... Adios.

2 comments:

Adil Adilah said...

Salam. saya amat gembira membaca blog anda. Terima kasih

weezana said...

Wassalam Adil Adilah, terima kasih sebab sudi baca blog saya.. Saya amat menghargai ucapan anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...