Thursday, August 4, 2011

Patutlah sedap je makan kek lapis :P





Mesti ramai dah tahu yang Mentega Golden Churn dari New Zealand disahkan tidak halal. Pada 2 Ogos 2011, JAKIM telah mengesahkan mentega ini tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Untuk makluman, ramai pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega jenis ini. Kek lapis yang dihasilkan menggunakan mentega ini terbukti sedap, moist dan berkrim. Pastinya, ramai di antara kita pernah merasanya meski sekalipun tidak pernah terbang ke Kuching, Sarawak.
 
Ini adalah kerana, kita ada ramai rakan-rakan dan saudara-mara yang pernah ke Sarawak dan akan membeli kek-kek lapis sebagai buah tangan. Saya sendiripun, sekiranya ke Kuching, pasti akan membeli sekotak besar kek lapis sebagai cenderahati dan cenderakasih kepada kaum keluarga dan sahabat-handai.
 
Maka, bersama-samalah kita sebelum ini merasai kenikmatan kek lapis Sarawak yang dibeli sama ada di Pasar Satok, di kedai-kedai berdekatan Waterfront ataupun di kilang tempat menjual kek lapis di seberang sungai. Malah, untuk mendapatkan variety kek lapis yang lazat, saya pernah mengikut jalan darat dan juga menaiki bot untuk ke seberang sungai. Semangat sungguh untuk mendapatkan kek lapis yang lazat ini.

Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan bahawa pengusaha kek lapis yang menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter disaran memusnahkan stok mereka dan menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak sebelum menghasilkan semula kek berkenaan untuk dipasarkan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) berkata menyamak adalah wajib kepada 400 pengusaha kek lapis Sarawak kerana mentega jenama berkenaan antara yang popular serta paling banyak digunakan bagi menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan.

Diharap, mentega gantian selepas ini dapat menghasilkan kek lapis yang tetap sedap dan dapat disimpan lama. Apa-apapun, patutlah sedap semacam je, saya makan kek lapis yang dibeli di Sarawak! :D
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...